Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan banyak jumlah kes Covid-19 di S'pura kesan tunggakan kes semasa Tahun Baru Cina, kata doktor

Feb 05, 2022 | 06:09 PM



PARA doktor meminta agar orang ramai bertenang selepas kes Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat meningkat tiga kali ganda pada Jumaat (4 Februari) kepada 13,046 kes.



Menurut doktor yang dihubungi The Straits Times, laporan kes ini adalah kesan tunggakan sewaktu tempoh Tahun Baru Cina, di mana banyak klinik ditutup manakala sebilangan orang pula mempercayai pada musim perayaan itu tidak baik untuk mendapatkan pengesanan perubatan.



Walaupun tambahan kes itu sekali pandang agak mengejutkan, doktor berkata tumpuan harus kekal diberi pada jumlah mereka yang dirawat di hospital dan kadar  tampungan di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Mereka juga memberi nasihat bahawa jumlah kes tidak harus membawa pada tambahan pada kemerosotan kembali dalam kekangan sosial yang menyebabkan kelelahan pandemik serta menghentikan orang ramai daripada menerima sepenuhnya virus ini sebagai isu endemik dalam norma baru.



"Apabila klinik dibuka semula pada Khamis, terdapat jumlah tunggakan kes yang mungkin membawa pada kenaikan mendadak itu," kata Profesor Paul Tambyah, Presiden Persatuan Asia Pasifik bagi Mikrobiologi dan Jangkitan Klinikal.



Beliau berkata di Hospital Universiti Nasional (NUH) di mana beliau bertugas sebagai konsultan kanan, "kita telah melihat peningkatan mantap dalam bilangan kes sejak beberapa hari lalu berbanding kenaikan mendadak - ini kemungkinan kerana kita dibuka untuk semua sepanjang tempoh cuti umum."



Melihat daripada nilai muka, jumlah kes pada Jumaat juga tidak seharusnya menyebabkan kejutan yang tidak sewajarnya.



"Angkanya memang bertambah walau apa pun dan model matematik asal pemerintah meramalkan jumlah kes ini akan sampai 13,000 kes sehari dengan pencerahan daripada menteri mengusulkan bahawa kita boleh sampai pada tahap lebih 20,000 kes sehari."



Jumlah kes pada Jumaat bertambah lebih tiga kali ganda daripada 4,087 kes yang dilaporkan pada Khamis lantas mencapai jumlah rekod tertinggi.



Sekitar 80 peratus daripada kes ini dikenal pasti oleh ujian pantas antigen lantas menunjukkan bahawa pesakit hanya mempunyai tanda ringan dan berisiko rendah.



Namun keadaan ini masih mengerikan sesetengah pihak dan terdapat spekulasi bahawa sekatan sosial akan dipertingkat sekali lagi.



Konsultan kanan penyakit berjangkit di NUH, Profesor Dale Fisher, berkata jumlah harian sepatutnya turun selepas kejanggalan angka kes pada Jumaat.



"Tambahan kes ini akan kembali pada apa yang kita lihat sepanjang beberapa minggu sudah. Seseorang harus bersimpati sedikit pada doktor klinik umum, poliklinik dan jabatan kecemasan yang terpaksa memikul beban tambahan mendadak selepas Tahun Baru Cina ini.



"Pencetus bagi tambahan batasan sosial haruslah jangkitan yang teruk. Arus Omicron perlu tamat perkembangannya tanpa gangguan. Justeru sementara angkanya nampak menakutkan, kita harus fokus pada kes ICU, yang kini 1/10 daripada apa yang dilaporkan beberapa bulan lalu," katanya.



Di sebalik kenaikan banyak jumlah kes ini, tiada kenaikan kecil sejajar dari segi jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital berbanding sehari sebelum ini.



Pesakit Covid-19 masih mengisi hanya 15 atau 4 peratus daripada 375 katil yang tersedia di ICU - satu tanda menggalakkan bahawa pandemik ini dalam kawalan, jelas doktor yang dihubungi.



Doktor juga berkata varian baru ini nampaknya ringan dan mengikut susunan sepertimana pandemik pada masa lalu di mana jangkitan ini menjadi kurang memudaratkan dengan peredaran masa.



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >