Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan cukai karbon isyarat kos yang jelas, kesan atas alam sekitar: Grace Fu

Feb 20, 2022 | 05:30 AM



KENAIKAN cukai karbon yang baru diumumkan semasa Belanjawan tahun ini bertujuan memberi isyarat kepada syarikat bahawa pengeluaran karbon mempunyai kos yang jelas kerana kesannya terhadap alam sekitar, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, semalam.



"Pengeluar gas rumah hijau sedemikian perlu mengambil kira (kos cukai karbon) semasa mereka membuat keputusan perniagaan mereka," ujar Cik Fu.



Menjelaskan rasional di sebalik kenaikan cukai itu, beliau berkata beliau berharap jumlah yang lebih tinggi dan mencukupi itu akan menggalak kemampanan alam sekitar berbanding tidak mengenakan sebarang harga atau mengenakan $5 sahaja buat masa ini.



"Perusahaan dalam sektor petrokimia, farmaseutikal atau semikonduktor kemudian akan mengambil kira (kos) dan berkata, 'jika saya perlu membayar sejumlah ini kerana pengeluaran karbon dalam tempoh enam, lapan, 10 tahun akan datang, mungkin ia berbaloi bagi saya memasang beberapa peralatan yang lebih jimat tenaga yang lebih tinggi atau mampu memerangkap karbon dioksida yang dikeluarkan untuk mengurangkan bil cukai karbon saya'," ujarnya.



Cik Fu berkata demikian semasa satu perbincangan panel di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) semalam.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mengumumkan kelmarin bahawa kadar cukai karbon di Singapura akan dinaikkan daripada kadar sekarang $5 bagi setiap tan pelepasan kepada antara $50 dengan $80 menjelang 2030.



Kenaikan cukai karbon akan dilakukan secara berperingkat untuk memberi lebih masa dan kepastian kepada perniagaan, dengan kadar sekarang $5 setiap tan pelepasan akan dikenakan hingga tahun depan.



Ia akan meningkat kepada $25 pada 2024 dan 2025, dan $45 pada 2026 dan 2027, sebelum mencapai $50 hingga $80 setiap tan menjelang 2030, umum Encik Wong.



Cukai karbon Singapura kini dilaksana bagi semua prasarana yang mengeluarkan sekurang-kurangnya 25,000 tan gas rumah hijau setahun.



Ini termasuk 30 hingga 40 pengeluar besar seperti loji penapis minyak dan loji penjanaan kuasa.



Mereka menyumbang sebanyak 80 peratus daripada gas rumah hijau yang dikeluarkan di Singapura.



Cik Fu berkata pemerintah juga akan menggunakan jumlah yang dikumpul hasil cukai karbon untuk memberi insentif kepada syarikat untuk mengamalkan langkah mengurangkan karbon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >