Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kenaikan harga COE bukan disebab permintaan tinggi syarikat sewa kereta

Nov 06, 2023 | 03:45 PM



Permintaan daripada syarikat sewa kereta, yang turut membuat bidaan kenderaan, “tidak mungkin menjadi faktor utama” yang menyebabkan kenaikan harga Sijil Hak Milik Kereta (COE).

Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, pada Isnin berkongsi bahawa data menunjukkan harga COE meningkat dalam tempoh apabila permintaan daripada syarikat sewa kereta, yang kemudian menyewakannya sebagai kereta sewa privet (PHC), telah merosot.

Beliau berkata demikian di Parlimen sewaktu menjawab beberapa pertanyaan Anggota Parlimen (AP) mengenai kenaikan harga COE dan sama ada Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mempertimbang mengkaji semula dasarnya.

Encik Chee berkata syarikat sewa kereta berjaya membida sekitar 21 peratus daripada COE Kategori A dalam tiga suku terakhir.

Ini lebih rendah berbanding 27 peratus yang berjaya mereka bida bagi kategori yang sama pada 2022.

“Malah, dalam pelaksanaan pembidaan terbaru, syarikat sewa kereta ini hanya berjaya membida sekitar 16 peratus daripada kuota Kategori A,” tambah beliau.

Sementara itu, bidaan daripada syarikat-syarikat ini bagi Kategori B turut menyaksikan kemerosotan daripada 24 peratus pada 2022 kepada 23 peratus dalam tiga suku terakhir, menurutnya lagi.

Mengulas tentang cadangan yang diketengahkan Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) dan Encik Yip Hon Weng (GRC Yio Chu Kang) untuk memperkenalkan kategori COE yang berasingan bagi syarikat sewa kereta atau mengambil pendekatan seperti teksi yang tidak perlu membida COE, Encik Chee berkata perlu adanya “pertukaran” untuk melaksanakan langkah sedemikian.

Beliau menambah, seperti teksi, kuota bagi kategori baru ini perlu diambil daripada kategori sedia ada memandangkan dasar pertumbuhan sifar bilangan kereta Singapura.

“Memandangkan permintaan PHC masih berkembang dan mungkin berbeza-beza dari suku ke suku, adalah sukar memastikan kuota tepat yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pemandu dan penumpang.

“Sekiranya kita mengalihkan terlalu banyak kuota sedia ada daripada Kategori A dan B kepada kategori baru ini untuk syarikat PHC, ia akan mengurangkan lagi bekalan dalam kategori ini dan terdapat risiko harga COE mungkin meningkat lagi.

“Sebaliknya, jika kita tidak mengalihkan kuota yang mencukupi kepada kategori baru, pemandu akan mengalami kekurangan kenderaan untuk disewa dan penumpang boleh terjejas akibat kekurangan perkhidmatan pengangkutan dari satu tempat ke tempat (P2P),” katanya.

Encik Chee berkata pemerintah akan mengkaji jika terdapat pendekatan selanjutnya selain pembidaan COE untuk menangani kebimbangan dengan syarikat sewa kereta.

Meskipun pemerintah akur bahawa PHC melakukan perjalanan yang lebih jauh di jalan raya, Encik Chee menambah bahawa mereka juga mempunyai fungsi penting dalam menyediakan perkhidmatan P2P untuk rakyat Singapura.

Dalam tender terbaru pada Oktober, premium bagi COE Kategori A untuk kereta yang lebih kecil mencecah rekod $106,000.

Rekod juga dicatatkan buat kali keenam berturut-turut bagi Kategori Terbuka ($158,004) serta Kategori B untuk kereta lebih besar yang ditutup pada harga $150,001. 

Menjawab soalan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) mengenai permintaan spekulatif, termasuk oleh peniaga, Encik Chee berkata pemerintah mempunyai satu set langkah untuk mengelakkan spekulasi.

Encik Chee berkata memandangkan terdapat beberapa sekatan dalam Kategori A dan B, COE sementara (TCOE) “perlu dibuat atas nama pembeli dan pemindahan tidak dibenarkan”.

TCOE sah selama enam bulan, dan ia mesti digunakan untuk mendaftarkan kenderaan, jika tidak, ia akan tamat tempoh dan deposit bidaan sebanyak $10,000 dilucuthakkan.

Sementara itu, tempoh sah TCOE bagi Kategori Terbuka adalah tiga bulan – dan kenderaan dalam kategori ini didaftarkan secara purata dalam tempoh 14 hari.

Encik Chee berkata sejak Jun, hanya satu COE itu tamat tempoh tanpa digunakan untuk mendaftarkan kenderaan, sekali gus menunjukkan bahawa pembidaan adalah berdasarkan permintaan sebenar bagi COE, dan bukannya spekulasi peniaga.

Selain melihat tingkah laku pembidaan spekulatif, Encik Chee berkata pemerintah juga akan “mengambil tindakan terhadap peniaga yang membuat tuntutan palsu” yang mengelirukan kepada pengguna mengenai sifat transaksi mereka.

“Sebagai contoh, jika mereka mendakwa bahawa pengguna akan memiliki pemilikan kenderaan bermotor dengan pinjaman 100 peratus tanpa bayaran pendahuluan, pada hakikatnya pengguna hanya menyewa daripada mereka,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >