Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

Perlu seimbang dan realistik tentang tambang jika mahu kereta sewa privet di jalan raya setiap masa

Oct 01, 2023 | 05:31 AM



Tunggu punya tunggu, masih belum lagi dapat kereta sewa privet (PHV) walaupun sudah berulang kali butang tempahan ditekan pada aplikasi dalam tempoh 15 minit.

Bahkan, bukan hanya satu aplikasi platform yang dicuba; sudah tiga aplikasi sekali gus saya cuba nasib, termasuk Grab, TADA dan CDG Zig.

Namun, setiap percubaan saya gagal kerana nampaknya tidak ada kereta yang sedia ada di sekitar lokasi rumah saya.

Rungutan saya ini bukan sesuatu yang luar biasa; sudah kerap saya dengar rakan-rakan saya mengadu perkara yang sama, “Susahnya nak dapat kereta!”.

Dan keadaan ini lebih teruk ketika waktu sibuk pagi dan waktu lewat malam pada hujung minggu.

Baru-baru ini, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan mereka sedang menyemak cara pengendali teksi dan khidmat kereta sewa privet menjalankan perniagaan, termasuk ketersediaan kenderaan mereka.

Ini demi memastikan khidmat tersebut kekal relevan sedang keperluan penumpang dan industri berkembang.

Terdapat tiga bidang tumpuan dalam semakan itu:

Mempertingkat kestabilan bekalan teksi dan khidmat PHV, seperti semasa waktu lewat malam apabila terdapat kekurangan khidmat sedemikian;

Memastikan khidmat disediakan tanpa sebarang gangguan;

Memastikan khidmat memenuhi keperluan golongan penumpang yang berbeza, seperti pengguna kerusi roda dan keluarga dengan anak-anak kecil.

Soalan selalu ditanya rakan-rakan saya di manakah pergi teksi dan PHV ketika kita memerlukan khidmat mereka.

Berdasarkan perkongsian beberapa pemandu PHV dengan Berita Minggu (BM), ada beberapa sebab mengapa pemandu ‘lesap’ ketika kita mencari mereka.


Yang pertama, tidak semua pemandu PHV bekerja sebagai pemandu sepenuh masa.

Lumrah pekerjaan dalam ekonomi gig bermakna terdapat fleksibiliti dalam cara pemandu PHV mahu bekerja.

Ada yang melakukannya sebagai tugas sambilan selepas selesai melakukan pekerjaan sepenuh masa pada siang hari dan ada pula yang hanya memandu pada hujung minggu untuk membawa pulang pendapatan tambahan.

Namun, ada satu isu utama yang diketengahkan para pemandu – harga tambang.

Ramai pemandu mengeluh tentang harga tambang, yang menurut mereka, terlalu rendah bagi jarak yang perlu dipandu, menyebabkan ada antara mereka yang menolak tugasan yang diberi.

Sesetengah mereka pula lebih rela “duduk di kedai kopi” sementara menunggu harga tambang naik, yang mungkin sebab penumpang perlu menanti lebih lama untuk mendapatkan khidmat PHV.

Meskipun pemandu memahami bahawa harga tambang ditentukan berdasarkan bekalan dan permintaan dalam suatu kawasan pada satu masa, mereka mempersoalkan mengapa harga tambang yang ditawarkan terlalu rendah bagi jarak yang perlu dipandu.

Seorang pemandu berkongsi bahawa beliau pernah dapat tugasan dari Bukit Batok ke kawasan pusat bandar (CBD) dengan harga tambang $14, yang menurutnya terlalu rendah dan sepatutnya berharga sekurang-kurangnya $30.

Soal ketersediaan teksi dan PHV di jalan raya adalah penting demi memenuhi keperluan pengguna, tetapi juga sama penting adalah untuk menangani cabaran yang dihadapi para pemandu kerana merekalah individu yang menyediakan khidmat tersebut.

Jika pemandu enggan berada di jalan raya disebabkan tambang rendah, huraiannya adalah untuk menaikkan harga tambang supaya ia menarik bagi pemandu.

Namun, harga lebih tinggi itu bukan perlu ditawarkan hanya pada waktu sibuk, malah sepanjang hari untuk memastikan ada bekalan teksi dan PHV yang mencukupi di jalan raya pada setiap masa untuk penumpang.

Pada akhirnya, pemandu PHV adalah individu bekerja sendiri yang berhak memilih tugas berdasarkan harga yang ditawarkan.

Pemandu juga seperti orang biasa yang perlu makan dan ada keluarga untuk ditanggung serta mengalami kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kebanyakan pemandu PHV yang melakukan tugas itu sepenuh masa biasanya bekerja sekitar 10-12 jam sehari supaya mereka dapat mencapai pendapatan minimum untuk bayar sewa kereta dan harga minyak yang semakin naik.

Pemandu juga tidak menerima kesemua harga tambang yang dibayar penumpang. Kebanyakan syarikat platform mengambil komisen daripada pendapatan pemandu. Grab, misalnya, di laman mereka menyatakan syarikat itu mengambil komisen maksimum 20.18 peratus.

Justeru, adalah adil jika harga tambang dinaikkan supaya ia berbaloi dengan jarak dan masa yang perlu dipandu.

Namun, harga tambang lebih tinggi pula akan mencetuskan aduan tentang tambang mahal daripada pihak penumpang pula.

Kesimpulannya, orang ramai harus bersikap realistik – jika kita menjangkakan bekalan teksi dan PHV yang mencukupi di jalan raya pada setiap masa supaya mudah dapat kenderaan, tambangnya sudah tentu tidak murah.

Dan jika tambang menjadi terlalu mahal pula, ini mungkin akan menjejas pendapatan pemandu dalam jangka panjang kerana pengguna mempunyai pilihan pengangkutan lain yang lebih dimampui, seperti bas dan MRT, untuk sampai ke destinasi mereka walaupun jika ia akan mengambil masa yang lebih lama.

Oleh itu, perlu ada keseimbangan dalam mencari huraian kepada masalah ini dan memastikan kedua-dua pemandu dan pengguna dilindungi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >