Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan kos tunai haji antara keprihatinan jemaah

Beberapa faktor dorong kenaikan kos: GSA
Feb 28, 2023 | 05:30 AM



KETIKA Cik Aminah (bukan nama sebenar) mendaftar bagi ibadah haji pada 2012, harga pakej ekonomi dan termurah ketika itu ialah $4,800 sementara pakej termahal berharga $12,595.



Kini selang lebih 10 tahun, beliau perlu membayar sekitar $19,500 seorang termasuk tiket penerbangan bagi pakej 29 hari di Makkah dan Madinah bagi menunaikan haji pada 2023.



Pakej haji paling murah bagi 2023 berharga $8,490 bagi empat orang sebilik dan yang paling mahal berharga kira-kira $22,645 bagi dua orang sebilik.



Kos kenaikan menunaikan haji menjadi keprihatinan di kalangan jemaah dan beberapa ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) mengatakan kos ini disebabkan berapa faktor seperti kenaikan harga tempat penginapan dan tiket penerbangan.



Ada di kalangan GSA menyatakan kos menunaikan haji juga berprinsipkan industri perdagangan bebas dan ini adalah pasaran terbuka.



"Sesiapa yang sanggup untuk beli pada harga ditawarkan mereka akan beli dan jika agensi meletakkan harga pakej terlalu tinggi, tiada sesiapa yang dapat beli, sudah pasti ejen itu akan rugi.



"Pakej haji dan umrah juga bergantung kepada bekalan pasaran... bila permintaan mendadak, harga akan naik dan bila tiada permintaan, harga akan turun.



"Permintaan bagi menunaikan haji terus tinggi dan ini menyumbang kepada kenaikan kos,'' ujar Pengurus Umum Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid.



Justeru bagi jemaah seperti Cik Aminah dan suaminya, mereka terpaksa meningkatkan tabungan kerana tidak lagi boleh mengharapkan harga pakej haji kekal pada kadar $10,000 seorang.



"Suami saya berniaga sendiri dan kami terpaksa rolling wang tunai dan dalam masa yang sama menyimpan tetapi sukar bagi kami untuk menabung penuh.



"Kami telah membayar wang pendahuluan 50 peratus dan bakinya kami perlu dibayar sebelum 3 Mac ini kepada GSA dan kami sedang bertungkus lumus mengumpul wang.



"Mungkin juga kami terpaksa menjual kereta untuk menampung kos ini,'' katanya.



Beliau dan suami perlu membayar baki 40 peratus yang harus dilunaskan pada 3 Mac dengan baki 10 peratus dibayar sebulan sebelum tarikh keberangkatan.



"Saya yakin Allah akan membantu kami melunaskan semuanya sebelum tarikh tutup pembayaran,'' kata Cik Aminah.



Jika tiada aral melintang, beliau dan suaminya akan bersama-sama seorang anak mereka akan menunaikan ibadah haji 2023.



Bagi pasangan Cik Rahmah Md Nor, 66 tahun, seorang suri rumah, dan suami Encik Salim Arif Don, 71 tahun, seorang pesara pula yang bakal menunaikan haji tahun ini membayar sekitar $19,000 seorang bagi pakej selama 29 hari.



"Kami menabung sejak mendaftar pada 2012. Kami pernah ditawarkan pada 2019 tetapi terpaksa ditolak kerana suami menjalani pembedahan jantung waktu itu.



"Tahun 2022 juga tidak dapat dilakukan kerana kami berusia lebih 65 tahun dan disebabkan Covid-19 dan hanya mereka yang berusia di bawah 65 tahun dibenarkan tunaikan haji.



"Alhamdulillah, anak-anak kami juga membantu dengan memberi wang bulanan untuk kami menabung untuk ke Makkah," ujar Cik Rahmah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >