Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kendali haji semasa pandemik: Pengalaman besar bagi pihak berkuasa Arab Saudi

Jan 30, 2022 | 08:50 AM



PENGALAMAN mengendalikan haji dan umrah semasa pandemik ini merupakan satu pengalaman yang amat besar bagi pihak berkuasa Arab Saudi, kata Duta Besar Arab Saudi ke Singapura, Encik Abdullah Mohammed AlMadhi.



"Pada masa depan, kami tidak tahu penyakit apa yang akan timbul, tetapi jika pandemik seperti koronavirus berlaku, kami tahu apa yang perlu dilakukan," ujarnya.



Kerajaan Arab Saudi telah mengambil beberapa langkah untuk menjaga keselamatan dan mempermudah jemaah semasa menjalankan umrah dan haji dalam suasana pandemik.



Antara lain, aplikasi telefon bijak Tawakkalna dan Eatmarna digunakan jemaah untuk menempah slot ibadah melalui aplikasi Eatmarna dan aplikasi Tawakkalna sebelum dibenarkan masuk ke Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.



Usaha memastikan keselamatan jemaah selamat dan selesa ialah satu tanggungjawab yang besar, kata Encik Abdullah.



Ini termasuk merancang bagi penjagaan kesihatan, penggunaan teknologi bagi mempermudah urusan jemaah, dan mengurus pergerakan jemaah yang besar bilangannya.



"Jadi apabila anda gabungkannya dengan bahaya pandemik korona, kini anda perlu menukar rancangan.



"Anda perlu membawa sesuatu yang baru, dan terus memikirkan bagaimana untuk mengurus haji dan pada masa yang sama mengatasi isu korona ini.



"Pengalaman (melalui pandemik) ini satu pengalaman yang besar, yang telah mengubah kehidupan kita, mengubah ekonomi negara-negara, pergerakan antara negara, bahkan dalam kehidupan kita sendiri sebagai Muslim," ujarnya.



Sementara itu di Riyadh, jumlah kes jangkitan baru Covid-19 di Arab Saudi susut kepada 4,474 kes, semalam.



Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, jumlah tertinggi kes dilaporkan berlaku di Riyadh dengan 1,564 kes, disusuli Jeddah dengan 331 kes, Dammam dengan 222 kes dan Makkah dengan 174 kes.



Antara kes aktif Covid-19 yang dikesan, 869 individu berada dalam keadaan tenat dan kematian berkaitan virus itu meningkat kepada 8,931 kes.



Lebih 25.5 juta penduduk Arab Saudi telah mendapat suntikan vaksin terhadap Covid-19 setakat ini.



Jurucakap rasmi Kementerian Kesihatan, Dr. Mohammed Al-Abdulaali berkata, lebih 55 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyatnya, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >