Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenderaan komersial sel hidrogen pertama diuji di S’pura

Jul 03, 2023 | 05:31 PM



Kenderaan komersial ringan pertama yang menggunakan kuasa hidrogen di Singapura akan diletakkan di bawah percubaan selama setahun di Daerah Inovasi Jurong JTC, mulai suku keempat 2023.

Lori kecil itu yang diubah suai oleh spesialis bahan tenaga sel Spectronik dari Singapura berupaya menampung sehingga 1 tan muatan.

Ia berupaya meliputi perjalanan sehingga 500 kilometer, mencapai kelajuan sehingga 44 kilometer sejam (kmh) dan boleh diisi semula tenaganya dalam masa lima minit.

Sel tenaga hidrogen adalah sumber tenaga berbentuk bateri yang mengeluarkan tenaga elektrik menerusi reaksi kimia antara hidrogen – yang dikandung dalam sebuah tanki bertekanan – dengan oksigen di udara.

Ini merupakan kenderaan yang menggunakan tenaga hidrogen kedua diletakkan di bawah percubaan di sini.

Pada 2003, sekumpulan kecil kenderaan sel tenaga elektrik (FCEV) Mercedes-Benz A-class telah diletakkan di bawah percubaan pada ketika itu.

Kenderaan tersebut perlu diisi semula tenaganya menerusi pusat isi semula hidrogen di sebuah stesen minyak BP di Upper East Coast Road.

Tetapi percubaan itu tidak dilanjutkan sebab teknologi itu didapati tidak menunjukkan keberkesanan dari segi kos.

Namun, minat terhadap teknologi itu telah dihidupkan semula kerana terdapat dorongan daripada beberapa negara termaju.

Penghasil kenderaan seperti Hyundai, BMW dan Toyota adalah antara firma yang menawarkan sekumpulan kecil FCEV yang disewa kepada pengguna.

Lori Spectronik itu, yang diubahsuai dari sebuah lori elektrik bateri kecil hasil dari Italy, akan ditinjau di sekitaran Pusat Kecemerlangan bagi Ujian dan Kajian Kenderaan Autonomi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) untuk memastikan ia selamat diguna sebelum percubaan di jalan raya dijalankan di Taman CleanTech JTC di Jurong West.

Apabila sumber tenaga lori itu – yang dibekalkan menerusi dua tanki hidrogen – sudah habis, ia akan diganti dengan bekalan baru.

Ini kerana tiada pusat pengisian semula hidrogen di sini.

Spectronik juga sedang meninjau penggunaan sel hidrogen bagi kenderaan yang diguna pengendali perkhidmatan penghantaran makanan dan pos.

Ketua eksekutif Spectronik Jogjaman Jap berkata percubaan bagi trak 1 tan itu “akan menawarkan bukti konsep mengenai kesesuaian penggunaan bekalan tenaga hidrogen dalam ruang kenderaan komersial”.

Beliau menambah: “Ia akan membolehkan bakal pengguna meraih pengalaman daripada penggunaan huraian pengangkutan hidrogen secara langsung dan membantu kami mendekati pengguna berpotensi dan menawarkan maklumat bagi membentuk pengeluaran dan pembangunan kenderaan masa depan.”

Menurut Encik Jap, kenderaan yang menggunakan sel bekalan tenaga hidrogen mempunyai julat perjalanan lebih jauh berbanding kenderaan elektrik berbateri dan boleh diisi semula dengan lebih pantas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >