Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenderaan sapu jalan tanpa pemandu dikerah di 3 tempat dalam sesi percubaan

Jan 14, 2021 | 04:37 PM



KENDERAAN sapu jalan tanpa pemandu telah dikerahkan bagi membersihkan beberapa kawasan terhad sebagai sebahagian percubaan yang dilancarkan pada Rabu (13 Januari). 



Jika percubaan ini berhasil, kenderaan khidmat sekitaran berautonomi (AESV) akan membuka jalan bagi kerahan perintis alat ini di jalanan di luar waktu sibuk dalam masa beberapa tahun mendatang, lapor akhbar The Straits Times.



Sesi percubaan ini dimulakan bulan ini, selepas Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan dua prototaip AESV telah berjaya memaparkan ciri-ciri keupayaannya dan dijadualkan beroperasi hingga Julai.



Secara beransur-ansur, AESV ini akan dikendalikan, bermula dari tempoh di luar waktu sibuk seperti hujung minggu dan petang di sekitaran berskala kecil yang khusus seperti one-north, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Taman Clean Tech di Daerah Inovasi Jurong.



Sejajar dengan rangka kerja keselamatan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi percubaan kenderaan, kedua-dua AESV akan dilengkapi dengan pemandu keselamatan pada setiap masa. Pemandu ini dilatih mengambil-alih serta merta tugas kenderaan itu jika perlu.



Operasi prototaip AESV ini juga dipantau pada waktu sebenar daripada pusat kawalan oleh operator di luar tapak operasi.



Mengulas pelancaran sesi percubaan AESV di Pusat Kecemerlangan bagi Ujian dan Kajian Kenderaan Berautonomi, NTU (CETRAN), Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata:



"Tugas pekerja pembersihan kita akan menjadi lebih mudah, selamat dan bijak dengan usaha ini membolehkan mereka mengambil tugas dengan nilai tambah lebih tinggi lagi.



"Kita berharap menerusi projek sedemikian, kita dapat mengusahakan pemangkin bagi industri robotik tempatan, membantu dan membangun keupayaan dan kepakaran bagi menyediakan huraian robotik sekitaran, yang boleh diubah menjadi idea komersial dan dieksport serta tentunya memperluas peluang bagi industri tempatan." - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >