Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenyataan AGC mengenai permohonan Parti Liyani

Oct 01, 2020 | 10:30 PM



PEJABAT Peguam Negara (AGC) pada Khamis (1 Oktober) telah mengeluarkan kenyataan berhubung permohonan melibatkan bekas pembantu rumah Parti Liyani.



Dalam kenyataan tersebut, AGC berkata satu perbicaraan telah diadakan di hadapan Ketua Hakim Sundaresh Menon pada Khamis (1 Oktober) mengenai permohonan Cik Parti untuk menangguh siasatan mengenai aduannya terhadap dua Pegawai Khidmat Guaman (LSO).



Aduan tersebut dibuat di bawah Akta Profesion Perundangan.



Kenyataan tersebut berkata Ketua Hakim telah menunda perkara tersebut selama dua minggu atas permintaan Cik Parti.



AGC telah memberitahu pihak Mahlamah bahawa kededua LSO terbabit tidak menentang permohonan Cik Parti bagi satu siasatan di hadapan satu Tribunal Disiplin.



"Kededua LSO itu mengalu-alukan peluang untuk membentangkan kenyataan mereka sepenuhnya lagi telus tentang apa yang berlaku sewaktu perbicaraan melibatkan Cik Parti Liyani dan akan memberi kerjasama penuh dalam sebarang siasatan," kata kenyataan AGC.



Cik Parti, warga Indonesia berusia 46 tahun, sebelum ini didakwa mencuri daripada keluarga tokoh usahawan, Encik Liew Mun Leong.



Cik Parti dijatuhi hukuman penjara selama 26 bulan pada Mac tahun lalu setelah didapati bersalah oleh Hakim Daerah di atas empat tuduhan mencuri barangan bernilai $34,000 daripada keluarga Encik Liew, yang merupakan bekas majikannya.



Namun beliau kemudian dibebaskan daripada semua tuduhan selepas membuat rayuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >