Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepercayaan awam penting demi tingkat kerjasama polis dengan masyarakat, cegah jenayah

Shanmugam: Polis harus kekal bebas, tidak dipergunakan mana-mana pihak bagi tujuan politik
May 13, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, telah menekankan betapa pentingnya kepercayaan awam terhadap polis kerana kepercayaan tersebut membolehkan pasukan polis negara berfungsi dan bekerjasama dengan masyarakat bagi mencegah jenayah.



Encik Shanmugam juga telah menggariskan beberapa faktor penting yang menyumbang kepada kepercayaan itu, termasuk menyokong polis agar kekal bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana mereka tidak harus digunakan bagi tujuan politik dan menjadi sasaran permainan politik.



Berucap di Pameran dan Seminar Pelan Kerja Polis pada Jumaat, Encik Shanmugam berkata keadaan tersebut boleh berlaku di mana-mana negara sahaja di mana polis terjerat di tengah-tengah pergolakan politik.



Akibatnya polis dipersalahkan, atau dipergunakan sebagai sasaran bagi tujuan politik, ujarnya.



Singapura perlu mengelak keadaan itu, dengan pasukan polis negara tidak boleh terperangkap di tengah-tengah keretakan sosial, seperti bangsa dan agama, atau berkenaan dasar pemerintah.



Menurutnya, pemerintah yang perlu bertanggungjawab dalam menangani isu sosial, manakala polis menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang.



"Ini bermakna kewajipan untuk menangani perbezaan dalam masyarakat perlu ditangani pemerintah, dan ia perlu ditangani dengan berkesan, kerana apabila ketegangan meningkat dan kekacauan awam tercetus, terdapat akibat di mana polis tidak mempunyai pilihan melainkan dengan menanganinya.



"Dalam melakukan demikian, sekiranya terdapat perpecahan sosio-politik yang serius, polis mungkin dilihat sebagai menyebelahi satu-satu pihak, menyerang kumpulan etnik tertentu atau demografik tertentu (mereka dalam bantahan)," jelasnya.



Encik Shanmugam turut menyentuh tentang pemilikan senjata api dan merujuk kepada Amerika Syarikat di mana perkara tersebut boleh berlaku.



Memberi gambaran mengenai keadaan di Singapura, beliau berkata:



"Sekiranya terdapat empat juta senjata api di luar sana, untuk penduduk warga kita berjumlah 3.6 juta, saya rasa pegawai kita akan mempunyai pemikiran yang amat berbeza.



"Anda akan menangani setiap kejadian dengan ketakutan. Dan sedikit syak-wasangka boleh mencetuskan reaksi didorong naluri - tembak atau ditembak."



Justeru, beliau berkata penting untuk mengambil pendekatan tertentu dalam mengurangkan jenayah supaya semua orang dapat rasa bebas tanpa rasa risau bahawa ada sesuatu yang boleh berlaku kepada mereka.



Encik Shanmugam juga berkata adalah penting untuk memastikan gaji yang sesuai buat pegawai polis bagi menarik dan mengekalkan mereka supaya terus berkhidmat.



Juga penting ialah untuk mempertahankan pegawai polis sekiranya mereka diserang secara tidak adil dengan kepalsuan.



Sebaliknya pegawai yang melakukan kesalahan pula perlu ditangani dengan tegas, termasuk mengenakan tindakan disiplin atau pendakwaan.



Malah, hukuman yang dihadapi pegawai polis selalunya lebih berat kerana mahkamah perlu mempertimbangkan tanggungjawab pegawai polis demi menegakkan undang-undang.



Pendekatan ini penting kerana kebanyakan pegawai, kata Encik Shanmugam, mematuhi undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >