Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kepercayaan tiga pihak kunci S'pura tangani kebimbangan semasa Covid-19: Presiden Halimah

Kongsi kerjasama pemerintah, syarikat dan pekerja kekalkan pekerjaan, buang pekerja hanya sebagai jalan terakhir dalam mesyuarat ILO di sini
Dec 07, 2022 | 05:30 AM



SEBAB utama Singapura berupaya menangani dengan segera kebimbangan syarikat dan pekerja semasa pandemik Covid-19 ialah kerana tahap kepercayaan tinggi dalam kalangan rakan tiga pihak - pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan.



Mereka bekerjasama dalam membangunkan strategi dan menyelaras langkah bagi memastikan strategi itu dapat dilaksana dengan baik.



Berkata demikian dalam mesyuarat Rantau Asia-Pasifik Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Pusat Konvensyen Raffles City semalam, Presiden Halimah Yacob berkata semasa pandemik itu pada 2020, ekonomi Singapura mengalami kemelesetan paling teruk sejak merdeka dengan jumlah pekerjaan merosot.



"Satu sebab utama kami dapat bergerak pantas untuk menangani kebimbangan syarikat dan pekerja ialah tahap kepercayaan tinggi yang wujud dalam kalangan rakan kongsi tiga pihak, iaitu pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan.



"Mereka bekerjasama dalam membangunkan strategi untuk menangani cabaran ini, dan dalam menyelaras langkah di lapangan bagi memastikan ia dilaksana dengan berkesan," katanya.



Rakan kongsi tiga pihak itu turut menyelaras peluang pekerjaan dan latihan, melalui pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.



Ini membantu rakyat Singapura mendapat pekerjaan dengan cepat dan mempelajari kemahiran baru untuk terus bekerja.



"Keutamaan kami ialah mengekalkan pekerjaan dengan pemberhentian kerja sebagai jalan terakhir. Rakan kongsi tiga pihak itu mengeluarkan garis panduan semasa permulaan pandemik untuk membantu majikan melaksana langkah tersebut.



"Tahap kepercayaan tinggi dalam kalangan rakan kongsi tiga pihak, yang dibangunkan selama bertahun-tahun, telah terjalin dengan baik bukan semasa pandemik Covid-19 sahaja, bahkan semasa kami menghadap krisis masa lalu," ujar Puan Halimah.



Melangkah ke depan, dialog sosial dan antara tiga pihak itu akan kekal sebagai tonggak utama dasar ekonomi dan sosial Singapura, dan amat penting dalam membantu negara ini menangani tiga cabaran yang dihadapi ekonomi dan tenaga kerja, iaitu meningkatkan pekerja bergaji rendah, peningkatan kadar pendigitalan, dan sifat kerja yang berkembang.



Puan Halimah berkata di sebalik sekitaran kos perniagaan tinggi, inflasi dan ketidaktentuan ekonomi mencabar, keutamaan Singapura kekal untuk mengukuhkan kompak sosial dengan setiap pekerja mempunyai pekerjaan baik dan mempunyai kepentingan dalam ekonomi negara.



"Hanya dengan itu kita boleh membangunkan sikap matlamat bersama merentasi semua segmen masyarakat kita, dan mengharungi ketidaktentuan ekonomi," ujarnya.



Selain itu, Puan Halimah berkata pandemik Covid-19, kesan perubahan iklim dan pergolakan ekonomi baru-baru ini juga memberi ILO satu lagi peluang untuk memikirkan semula model pertumbuhan sejagat.



"Di sinilah ILO memainkan peranan penting dalam memastikan model pertumbuhan lebih adil dan inklusif di mana setiap orang mempunyai kepentingan.



"ILO berada dalam kedudukan baik untuk berbuat demikian kerana ia satu-satunya agensi tiga pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana suara pekerja dan majikan, dan bukan hanya pemerintah, diwakili dalam perkara penting yang menjejas mata pencarian," katanya, yang pernah berkhidmat di ILO.



Peranan ILO lebih kritikal hari ini, tambah Puan Halimah, dengan dianggarkan hampir 100 juta orang dilanda kemiskinan tahun ini akibat gabungan kesan pandemik, inflasi dan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Singapura menjadi anggota ILO sejak kemerdekaan negara ini pada 1965.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >