Keppel ujar harga tawarannya bagi beli SPH muktamad, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Keppel ujar harga tawarannya bagi beli SPH muktamad

Nov 17, 2021 | 05:30 AM

KEPPEL Corporation menyatakan bahawa tawarannya bagi menswastakan syarikat Singapore Press Holdings (SPH) adalah "muktamad dan tidak boleh ditarik balik" dan menyediakan tempoh pembayaran paling singkat, iaitu menjelang pertengahan Januari tahun depan bagi pemegang saham SPH.

Ia membuat kenyataan itu sehari selepas konsortium Cuscaden Peak, yang dianggotai Hotel Properties (HPL), hartawan Ong Beng Seng, dan dua entiti berkaitan Temasek, CLA dan Mapletree, meningkatkan tawarannya bagi membeli SPH.

Beberapa sebelum itu, Keppel juga telah meningkatkan tawarannya.

Cuscaden Peak sekarang menawarkan setiap pemegang saham SPH sama ada $2.36 seunit saham dalam bentuk tunai atau $2.40 seunit saham merangkumi $1.602 tunai dan 0.782 unit Reit SPH.

Skim Cuscaden itu dijangka selesai menjelang Februari depan, tetapi mesyuarat berkenaan skim itu akan diadakan hanya jika pemegang saham SPH menolak tawaran Keppel dalam mesyuarat berkenaan skim Keppel, yang harus diadakan menjelang 8 Disember.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dalam kenyataan terbarunya, Keppel menyatakan pertimbangan tawarannya yang sebanyak $2.351 bagi seunit saham SPH pada 9 November adalah 57 peratus lebih tinggi daripada harga dagangan saham SPH pada 30 Mac.

Pertimbangan akhirnya akan bergantung pada harga unit Reit Keppel dan Reit SPH.

Keppel juga sudah mendapat kelulusan pengawalan yang diperlukan daripada Lembaga Semakan Pelaburan Asing Australia dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Tiada kelulusan diperlukan daripada Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA).

"Sekalipun ada pesaing yang buat tawaran boleh mendapat kelulusan yang diperlukan, ia akan mengambil masa,'' ujar Keppel dalam kenyataannya.

Lebih-lebih lagi, Keppel telah mengetepikan haknya untuk menarik balik tawarannya di bawah klausa hasil buruk penting.

Ini menghapuskan risiko pihak yang membuat tawaran menarik balik sekiranya keadaan kewangan SPH bertambah buruk.

"Lebih awal skim itu diluluskan lebih baik bagi SPH, bagi mengurangkan ketidakpastian dan ketidakstabilan untuk pelbagai pihak berkepentingannya dan mengekalkan nilai," ujar Keppel.

Selain mempunyai tempoh lebih singkat untuk mendapatkan pembayaran, pemegang saham SPH akan menerima Reit SPH dan Reit Keppel, yang akan menerima edaran tunai hadapan daripada kedua-dua reit selain menerima unit Reit Keppel pada potongan harga sebanyak 10 peratus daripada nilai aset bersihnya pada 30 September.

"Kami yakin tawaran muktamad Keppel amat menarik dan usul menguntungkan bagi kedua-dua pemegang saham, Keppel dan SPH,'' ujar Keppel.

Bagi pemegang saham Keppel, tawaran itu memberi peluang bagi mereka membeli wadah bermutu yang sehaluan dan saling melengkapi dengan model dan keupayaan perniagaan Keppel.

Keppel menegaskan ia akan terus mengekalkan disiplin harga dan tidak akan menawarkan usul melebihi nilai intrinsik pembelian.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map