Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan PSLE diumum Khamis depan

Nov 15, 2018 | 12:07 PM



KEPUTUSAN Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) akan diumumkan Khamis depan (22 Nov), mulai 11 pagi.



Murid-murid boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing.



Murid-murid yang layak akan juga menerima borang pilihan untuk memilih sekolah menengah apabila mereka mendapatkan slip keputusan mereka, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan hari ini (Khamis, 15 Nov).



Borang pilihan Menengah 1 itu mempunyai nombor pengenalan peribadi yang boleh digunakan bagi membuat permohonan dalam talian.



Permohonan boleh dilakukan mulai 11 pagi Khamis depan hingga 3 petang pada 28 November. Keputusan permohonan akan dikeluarkan pada 19 Disember 2018 melalui SMS, dalam talian atau di sekolah rendah murid.



Sementara itu pelajar yang layak mengikuti kursus Normal Teknikal dan ingin memohon masuk ke Sekolah Menegah Crest atau Sekolah Menengah Spectra, boleh memohon langsung ke sekolah-sekolah itu dari 22 November hingga 26 November ini.



Kededua sekolah khas itu menawarkan laluan pendidikan alternatif yang lebih cenderung kepada pelajaran bersifat aplikasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >