Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan PSLE Rabu depan

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



KEPUTUSAN Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) akan dikeluarkan mulai 11 pagi Rabu depan (23 November) kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan semalam.



Murid-murid boleh ditemani ibu bapa atau penjaga apabila mengambil keputusan PSLE masing-masing.



Sekolah mereka akan memberikan butir-butir mengenai aturan pengambilan keputusan itu.



Menurut MOE, murid-murid yang tidak sihat tidak seharusnya kembali ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka.



Sebaliknya, mereka boleh mengakses keputusan mereka secara dalam talian di portal Calon-Calon Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura dari 11.45 pagi pada 23 November sehingga 11.59 malam pada 6 Disember.



Mereka juga boleh melantik proksi untuk mewakili mereka mengambil salinan fizikal keputusan menjelang 25 November.



Murid-murid yang layak akan menerima borang pilihan S1 untuk memilih sekolah menengah dengan keputusan PSLE mereka.



Mereka boleh mengemukakan pilihan sekolah mereka secara dalam talian di Sistem Internet Menengah 1 dari 11.30 pagi pada 23 November hingga 3 petang pada 29 November.



Menurut MOE, keputusan bagi pilihan sekolah menengah mereka akan dikeluarkan antara 21 Disember dan 23 Disember.



Keputusan itu akan dihantar melalui SMS, dan juga boleh diakses melalui Sistem Internet Menengah 1 atau di sekolah rendah mereka.



Para pelajar tidak perlu melaporkan diri ke sekolah menengah yang mereka jaya sertai setelah menerima keputusan posting S1 mereka, kata MOE.



Pihak MOE turut menyatakan bahawa sekolah-sekolah khusus untuk pelajar Normal Teknikal, seperti Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra, menawarkan laluan pendidikan alternatif bagi para pelajar yang berminat dalam pembelajaran amali.



"Sekolah-sekolah ini menawarkan kurikulum berdasarkan kemahiran yang disesuaikan dan pendedahan kepada peluang-peluang pembelajaran yang unik.



"Ini meletakkan para pelajar dalam kedudukan yang baik untuk maju ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE)," kata MOE.



Para pelajar menengah 3 di sekolah-sekolah ini akan mengkhususkan dua daripada lima mata pelajaran kemahiran yang ditawarkan di bawah Sijil Subjek Kemahiran ITE.



Ia mempunyai kurikulum menyeluruh yang membolehkan para pelajar didedahkan kepada industri berbeza.



MOE menambah: "Sekolah-sekolah khusus juga menyediakan pendekatan seluruh sekolah yang menekankan nilai-nilai, pembelajaran sosio-emosi dan pembinaan perwatakan.



"Ini seterusnya membantu memupuk para pelajar yang holistik, yakin dan bersedia untuk merebut peluang masa depan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >