Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keracunan makanan Chilli Api: SFA uji, interviu yang terjejas

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



MEREKA yang terjejas oleh insiden keracunan makanan selepas makan sajian daripada syarikat Chilli Api Catering sedang ditemuramah dan diuji oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).



Menurut laporan The Straits Times, SFA berkata mereka yang terjejas telah ditanya mengenai simptom yang dihadapi, bila mereka menyedari simptom-simptom tersebut dan sejarah pemakanan mereka.



Mereka juga diuji bagi patogen bawaan makanan, begitu juga pengendali makanan daripada syarikat katering tersebut.



SFA juga sedang memeriksa unit yang digunakan Chilli Api Catering di Bedok North bagi kesalahan berkaitan kebersihan dan menguji sampel makanan serta mengambil swab premis tersebut bagi patogen bawaan makanan.



Sekurang-kurangnya 82 orang dilaporkan jatuh sakit selepas makan makanan daripada Chilli Api Catering antara 10 Mac dengan 12 Mac lalu.



Pada 14 Mac lalu, SFA berkata 14 daripada mereka telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan stabil.



Sementara itu, 43 kakitangan Maktab Rendah Temasek juga dikatakan antara mereka yang terjejas, dengan lapan daripada mereka dimasukkan ke hospital.



Sekolah tersebut telah menempah lebih 200 bungkus makanan daripada Chilli Api Catering bagi kakitangannya Jumaat lalu.



Syarikat katering itu menduduki empat unit di Shimei East Food Kitchen yang terletak di 3015 Bedok North Street 5.



SFA berkata gred kebersihan makanan di tiga daripada empat unit tersebut adalah antara gred 'A' dan 'B', sementara lagi satu unit masih belum selesai penilaiannya.



Perniagaan Chilli Api Catering telah digantung buat masa ini.



Syarikat tersebut yang telah beroperasi selama hampir dua dekad berkata ia "sedih" dengan kes berkaitan gastroenteritis yang dilaporkan.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, ia berkata:



"Kebimbangan kami adalah dengan kesejahteraan pelanggan yang terjejas.



"Siasatan sedang dijalankan. Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menentukan kemungkinan penyebab kes ini."



Ini bukan kali pertama syarikat tersebut dikaitkan dengan insiden keracunan makanan.



Pada Jun 2019, gred kebersihannya telah dijatuhkan kepada 'C' setelah 24 orang jatuh sakit dengan simptom gastroenteritis akibat makan sajian yang disiapkan syarikat tersebut pada Disember 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >