Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta terpercik simen daripada trak, LTA digesa pertingkat penguatkuasaan

Aug 28, 2023 | 03:54 PM



Sebuah kereta diselaputi percikan simen setelah sebuah trak simen didakwa memandu lalu kereta tersebut dengan laju.

Malangnya, percikan itu tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.

Kejadian tersebut telah didedahkan dalam satu pos Facebook yang dimuat naik Anggota Parlimen, Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten) pada Sabtu.

Encik Lim berkata kereta itu dimiliki seorang penduduk yang telah menghentikan keretanya dan penduduk tersebut telah membuat aduan bahawa sebuah trak simen menyebabkan percikan simen itu ke atas keretanya.

Pengguna Facebook Christine Tan yang dipercayai pemilik kereta itu telah bersuara dalam ruang komen dan mengatakan bahawa kejadian itu berlaku di Crescent Road pada kira-kira 11.20 pagi pada Sabtu.

“Trak itu pandu lalu dengan laju dan simen itu terpercik ke arah kereta saya. Cermin depan kereta saya ditutup simen yang mengurangkan daya penglihatan saya,” tulisnya.

Beliau menambah bahawa beliau mengambil masa sepuluh minit yang “menyeksakan (painful)“ untuk pulang ke rumah.

Malangnya, sebahagian simen tidak dapat dibersihkan.

“Bayangkan jika saya seorang penunggang motosikal. Bayangkan jika ia lebih daripada sekadar simen, ia boleh menyebabkan kecederaan serius. Saya harap LTA (Penguasa Pengangkutan Darat) boleh meningkatkan usaha untuk menjejaki kontraktor dan pemandu tidak bertanggungjawab seperti itu!” katanya sambil melahirkan penghargaan kepada Encik Lim dan pasukannya kerana melaporkan kejadian itu dengan cepat.

Encik Lim dalam pos Facebook beliau berkata beliau telah menyuruh LTA agar mempertingkat tindakan penguatkuasaan terhadap trak simen supaya tiada pemandu akan perlu mengalami kejadian sebegitu lagi.

Malah beliau telah meminta pemilik kereta tersebut untuk memberi butiran tentang trak simen itu supaya dapat membantu mengenal pasti syarikat yang terlibat.

Encik Lim menambah bahawa mereka mahu menghentikan perbuatan memandu yang tidak menghiraukan pemandu lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >