Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bas mini rempuh laluan pejalan kaki, lelaki dibawa ke hospital

Aug 24, 2023 | 06:43 PM

Seorang lelaki dibawa ke hospital selepas bas mini yang dipandunya merempuh laluan pejalan kaki berbumbung di Sengkang pada Isnin.

Kejadian itu berlaku sekitar 12.50 tengah hari, di jalan raya yang menuju ke Blok 122F Rivervale Drive, kata polis.

Selain itu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan bahawa terjadi sebuah kemalangan berdekatan Blok 121 Rivervale Drive, menurut The Straits Times.

Pemandu lelaki berusia 40 tahun itu dibawa ke Hospital Besar Changi dalam keadaan sedar dan sedang membantu dalam siasatan.

Dalam video yang dimuat naik di Facebook, bas mini putih yang tidak bergerak dilihat di atas kawasan rumput bersebelahan Blok 122F, sebuah tempat letak kereta bertingkat.

Sebahagian bumbung laluan pejalan kaki itu remuk dan jatuh ke atas bumbung bas mini tersebut, manakala ada palang terselit di bawah kenderaan dan papan tanda pula terjatuh di atas lantai berdekatan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3