Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kering sudah air mata kami, kata ibu kanak-kanak yang meninggal dunia akibat Covid-19

Jun 28, 2022 | 07:01 PM



Encik Basharath Ali Ashraff Ali, 33 tahun dan isterinya Cik Septian Suci Rahayu Sartini 31 tahun berkata mereka berasa bak kehilangan sebahagian nyawa mereka apabila diberitahu anak bongsu mereka meninggal dunia.



Anak bongsu mereka itu, Zaheer Raees Ali Ashraff Ali, yang berusia 1 ½ tahun, meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) di mana dia sedang mendapatkan rawatan selepas dijangkiti Covid-19.



Cik Septian, seorang penduduk tetap (PR) di sini yang berasal dari Indonesia, berkata anaknya itu serta beliau sendiri, disahkan dijangkiti Covid-19 pada Isnin  20 Jun.



Tubuh anaknya itu panas sedikit, tetapi dia masih boleh bermain-main semasa menjalani pengasingan dalam bilik bersamanya, kata Cik Septian.



Pada masa itu, Encik Basharath Ali dan seorang lagi anak mereka, Zayan Fawaz Ali, tiga tahun belum dijangkiti Covid-19. 



Namun, keesokan malamnya, tubuh Zaheer Raees Ali menjadi kian panas dan dia  hampir pengsan, apabila suhu tubuh mencecah 41 darjah Celsius, kata Cik Septian.



"Dalam perjalanan ke hospital, dia sempat berkata 'car' (kereta). Itulah kata-kata terakhir anak kami," kata Cik Septian, memberitahu Berita Harian dengan wajah berlinangan air mata semasa dikunjungi di rumahnya di Bukit Panjang pada 28 Jun.



Kelmarin, tujuh hari selepas dia disahkan dijangkiti Covid-19, Zaheer Raees Ali  yang digelar 'Baby' oleh abangnya menghembuskan nafas terakhir. 



Abangnya, Zayan Fawaz Ali, turut dijangkiti Covid-19, tetapi kini telah pulih. 



Dalam kenyataannya kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata seorang kanak-kanak berusia 1 ½ tahun telah meninggal dunia akibat radang otak atau encefalitis menyusuli jangkitan Covid-19 dan dua lagi virus.



Dua virus itu adalah virus pernafasan 'synctial' dan enterovirus (virus dalam gastrousus).



Menurut MOH, kanak-kanak itu adalah yang pertama meninggal dunia dalam kalangan pesakit Covid-19 di bawah usia 12 tahun.



Keadaan pilu menyelubungi pengebumian di Pusara Abadi pada 28 Jun, di mana sekitar 20 orang rakan dan keluarga hadir.



Cik Septian berkata beliau dan keluarga cuba menguatkan diri menghadapi dugaan ini.



“Namun Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya kami di atas pemergian anak kami,” ujar beliau.



"Kering sudah air mata kami," kata Cik Septian. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >