Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja bangun Pusat Kebudayaan Russia di SG diteruskan

Mar 24, 2022 | 05:30 AM



SEKURANG-KURANGNYA satu kerjasama dua hala antara Singapura dengan Russia akan diteruskan meskipun negara ini telah memutuskan untuk mengenakan sekatan ekonomi dan perdagangan terhadap Russia ekoran langkahnya menceroboh masuk ke Ukraine.



Kerja binaan bagi Pusat Budaya Russia di Rangoon Road bermula pada 7 Mac dan tiada rancangan sejauh ini untuk menghentikan kerja itu.



Menurut akhbar The Straits Times, tender telah diberikan bagi kerja binaan pusat itu lewat tahun lalu dan kerja-kerja bermula di tapak tersebut baru-baru ini.



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, sebelum ini berkata Singapura akan mengenakan langkah kawalan eksport terhadap barangan yang boleh digunakan secara langsung sebagai senjata di Ukraine, selain mengenakan sekatan dengan menghalang bank atau urus niaga kewangan tertentu yang mempunyai kaitan dengan Russia.



Tapak yang diperuntuk bagi pusat budaya itu sebesar 3,265 meter persegi, atau sekitar satu pertiga pentas terapung di Marina Bay, di kawasan Farrer Park, dekat Little India.



Tempoh pajakan bagi tanah itu ialah 30 tahun bermula dari 2017 dan dijangka berakhir pada 2047, menurut dokumen Penguasa Tanah Singapura (SLA).



Bangunan bagi pusat budaya itu dirancang mencapai empat tingkat.



Pada November 2018, satu upacara pecah tanah diadakan, dengan dihadiri Presiden Halimah Yacob dan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, yang sedang mengadakan lawatan negara pertamanya ke sini ketika itu.



Kedua-dua pemimpin itu turut membuka tirai batu asas besar yang dipasang plak bagi memperingati upacara tersebut.



Bagaimanapun, batu itu difahamkan tiada lagi di tapak tersebut.



Kedutaan Russia di sini berkata batu itu telah dipindahkan sekitar sebulan lalu sebagai persiapan bagi kerja binaan yang bakal bermula dan kini berada dengan kedutaan itu.



Setiausaha Pertama Kedutaan Russia, Encik Aleksandr Solovev, berkata batu itu akan dikembalikan ke tapak tersebut selepas kerja binaan selesai dan pusat itu juga akan mempunyai ruang bagi gereja Orthodox Russia.



Tambahnya, tarikh selesai projek itu belum ditetapkan.



Dalam suratnya kepada The Straits Times Januari tahun lalu, Encik Solovev berkata tapak di Rangoon Road itu disewakan oleh pemerintah Singapura kepada pemerintah Russia berdasarkan satu perjanjian dua hala yang ditandatangani pada 2015 berhubung pembinaan pusat budaya itu dengan sebuah gereja Orthodox.



Beliau berkata demikian sebagai respons kepada surat daripada orang awam yang menarik perhatian bahawa plak itu hilang daripada batu asas tersebut.



Dalam suratnya, Encik Solovev berkata plak itu telah dicuri beberapa bulan selepas upacara itu namun kemudian ditemui dan dipulangkan kepada Kedutaan Russia di sini oleh polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >