Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja peningkatan dimula bagi 56,000 flat HDB

Flat yang dibina antara 1987-1997 itu antara 230,000 flat yang layak jalani Program Peningkatan Rumah (HIP)
Feb 21, 2022 | 05:30 AM



LEBIH banyak flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di sini akan diperbaiki dengan kemudahan-kemudahan dan aksesori yang lebih baik.



Kerja penambahbaikan akan bermula bagi sekitar 56,000 flat daripada kumpulan kedua yang layak menjalani Program Peningkatan Rumah (HIP).



HDB berkata kumpulan kedua itu melibatkan sekitar 230,000 flat HDB yang dibina antara 1987 dengan 1997.



Dalam satu kenyataan semalam, HDB berkata:



"Kerja-kerja di bawah Program Peningkatan Rumah (HIP) telah dimulakan untuk kumpulan pertama sebanyak 56,000 flat dibina antara 1987 dengan 1997 kerana kerja-kerja HIP bagi hampir semua flat dibina sehingga 1986 yang layak sudah hampir selesai."



Pengundian bagi HIP melibatkan 56,000 isi rumah yang layak telah diadakan sejak September tahun lalu, dan sekitar dua pertiga atau 66 peratus daripada kumpulan itu memilih untuk meneruskan program tersebut.



Sehingga 31 Disember 2021, semua blok yang ditinjau memerlukan sekurang-kurangnya 75 peratus isi rumah yang layak daripada setiap blok mengundi menyokong HIP - prasyarat sebelum kerja boleh dimulakan.



"Kerja-kerja menaik taraf untuk flat ini, yang terletak di seluruh negara, telah dimulakan secara progresif, dan penduduk juga akan meraih manfaat daripada pakej barangan penambahbaikan HIP yang diperbaharui," kata HDB.



Langkah memperluaskan HIP itu diambil selepas hampir semua 320,000 flat dibina sehingga 1986 yang layak menjalani program itu sudah hampir selesai.



Program itu dilancarkan pada 2007.



HDB menambah bahawa hampir semua 320,000 flat dibina sehingga 1986 yang layak bagi HIP telah meraih manfaat daripada program itu.



HIP, yang diumumkan pada 2007, bertujuan membantu memperbaiki mutu kehidupan penduduk HDB menerusi pelbagai penambahbaikan di dalam flat.



Penambahbaikan itu membantu pemilik flat menangani masalah penyenggaraan biasa berkaitan flat yang kian lanjut usia secara sistematik dan menyeluruh.



Program itu sebelum ini ditawarkan kepada flat HDB dibina sehingga 1986 yang tidak menjalani Program Peningkatan Utama (MUP) sebelumnya.



Sehingga kini, hampir semua 320,000 flat dibina sehingga 1986 yang layak telah menjalani atau sedang menjalani kerja-kerja HIP, kata HDB.



"Kira-kira 81 peratus (sekitar 259,100 flat) telah selesai menjalani kerja naik taraf, sementara lagi 17 peratus (sekitar 55,100 flat) berada dalam pelbagai peringkat peningkatan. Kerja-kerja pada baki flat akan dijalankan secara progresif," jelasnya.



Sehingga 31 Mac tahun lalu, pemerintah telah membelanjakan sekitar $3.4 bilion pada HIP untuk flat yang dibina sehingga 1986, tambah HDB.




"Kira-kira 81 peratus (sekitar 259,100 flat) telah selesai menjalani kerja naik taraf, sementara lagi 17 peratus (sekitar 55,100 flat) berada dalam pelbagai peringkat peningkatan. Kerja-kerja pada baki flat akan dijalankan secara progresif."
- HDB sambil menarik perhatian hampir semua 320,000 flat dibina sehingga 1986 yang layak telah menjalani atau sedang menjalani kerja-kerja HIP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >