Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja penyelenggaraan: 7 stesen MRT CCL dijangka terjejas

May 24, 2023 | 06:07 PM









PENUMPANG Laluan Circle Line (CCL) bakal hadapi kelewatan sehingga 30 minit dari 11 Jun hingga 20 Julai disebabkan pelaksanaan kerja penyelenggaraan di sebuah terowong yang alami “tekanan lebih berat.”

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata kerja-kerja itu bakal menjejas perkhidmatan tujuh stesen iaitu Dhoby Ghaut, Bras Basah, Esplanade, Promenade, Nicoll Highway, Marina Bay dan Bayfront.

Keretapi di laluan tersebut akan beroperasi di hanya satu landasan mulai 9 malam bagi kebanyakan hari dalam tempoh enam minggu, dengan dua perkhidmatan keretapi ulang-alik yang akan beroperasi di stesen terjejas.

LTA berkata pemeriksaan rutin yang dijalankan mendapati satu terowong CCL antara stesen Promenade dengan Nicoll Highway “hadapi tekanan lebih berat.”

Ia tidak memberi perincian lanjut berkenaan kenyataan itu.

“LTA telah membuat penilaian dan mendapati ia tidak membabitkan sebarang risiko keselamatan terhadap operasi keretapi CCL,” kata penguasa itu dalam satu kenyataan.

LTA akan jalankan kerja-kerja penyelenggaraan berjaga-jaga dan menguatkan terowong, termasuk memasang tunggak besi dalam bulatan terowong “bagi memastikan daya tahan jangka masa panjang terowong itu”.

Untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut, keretapi akan dikerah di tujuh stesen itu sebagai khidmat ulang alik (shuttle) dari 9 malam hingga hujung tempoh operasi bagi kebanyakan hari dalam tempoh 11 Jun hingga 20 Julai itu.

Keretapi akan sambung semula operasi biasa bagi tarikh 16 hingga 18 Jun, 24, 28 dan 29 Jun, dan bagi 1, 2, 7, 8 dan 14 hingga 16 Julai.

Dua perkhidmatan ulang alik akan disediakan, satu antara stesen Dhoby Ghaut dengan stesen Promenade yang akan beroperasi secara selang seli 15 minit dan lagi satu antara stesen Marina Bay dengan Stadium yang mana keretapi dijadual tiba setiap 20 minit.

“Ini akan menyebabkan kelewatan lebih lama, dan penumpang bakal mengalami waktu perjalanan tambahan sehingga 30 minit,” kata LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >