Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja perluasan pusat sumber RRG di Masjid Khadijah jalan lancar

Apr 02, 2023 | 05:30 AM



KERJA perluasan pusat sumber dan kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di Masjid Khadijah sedang berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual.



Tinjauan Berita Minggu ke masjid tersebut pada Jumaat menunjukkan pekerja sedang menjalankan kerja pemasangan galeri dan peralatan pameran.



Beberapa kerja utama seperti pemasangan peralatan audio visual kelihatan sudah hampir siap.



Ketika ditemui, Pengerusi Bersama RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata pihaknya sedang membuat perancangan bagi pelancaran rasmi pusat itu.



"Insya-Allah kami jangka kerja-kerja perluasan pusat sumber ini akan disiapkan mengikut jadual," kata beliau.



Peningkatan prasarana RRG itu dilaksanakan sempena ulang tahun ke-20 kumpulan itu.



Hampir dua dekad yang lalu, sekumpulan asatizah setempat tampil untuk menubuhkan RRG untuk membantu menjalankan kaunseling bagi individu radikal.



Dalam tempoh itu, RRG telah menyaksikan sekitar 20,000 pengunjung ke pusat berkenaan.



Kini kumpulan itu telah memasuki era yang baru.



Menurut Ustaz Dr Mohamed, dengan kerjasama yang erat, RRG, Masjid Khadijah dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), RRG berjaya mendapatkan ruang di bangunan wakaf Masjid Khadijah untuk dijadikan ruang tambahan kepada pusat sumber yang sedia ada.



"Pusat sumber yang sedang diluaskan ini akan menggabungkan pelbagai ciri teknologi demi menjadikan pengalaman pengunjung ke galeri ini kelak lebih imersif."



Beliau juga berharap dengan adanya kemudahan yang baru serta maklumat yang disediakan di galeri yang baru, pusat itu akan memberi manfaat kepada masyarakat.



"Ini juga diharap dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang bahayanya ideologi dan fahaman radikal yang masih kita lihat hari ini," ujar Ustaz Dr Mohamed.



Seiring kerja memperluas pusat sumber dan kaunseling RRG, kerja naik taraf Masjid Khadijah juga sedang dijalankan.



Tidak lama lagi, masjid itu akan menyambut jemaah dengan warna bangunan yang baru.



Sebagai contoh, kerja mengecat bangunan dan pembinaan galeri warisan masjid itu kelihatan sedang dijalankan.




"Insya-Allah kami jangka kerja-kerja perluasan pusat sumber ini akan disiapkan mengikut jadual.
... Pusat sumber yang sedang diluaskan ini akan menggabungkan pelbagai ciri teknologi demi menjadikan pengalaman pengunjung ke galeri ini kelak lebih imersif.
Ini juga diharap dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang bahayanya ideologi dan fahaman radikal yang masih kita lihat hari ini."
- Ustaz Dr Mohamed Ali, Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >