Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama Alibaba-FairPrice bertujuan perkukuh khidmat logistik e-dagang

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



CAINIAO Network, cabang logistik Alibaba Group, semalam mengumumkan kerjasamanya dengan Grocery Logistics of Singapore (GLS), sebuah entiti di bawah unit perniagaan rantai bekalan FairPrice Group.



Dengan kerjasama ini, pelanggan wadah e-dagang Taobao dan Tmall boleh menjangkakan barangan besar yang dibeli daripada wadah itu dihantar dalam masa dua hari kerja setelah pemeriksaan kastam.



Ini sedang kerjasama itu bertujuan memperkukuh khidmat logistik dalam pasaran, kata Cainiao dan GLS dalam satu kenyataan bersama semalam.



Kerjasama itu akan menyediakan khidmat logistik daripada kelulusan kastam hingga penghantaran bagi tempahan yang dibuat menerusi Taobao dan Tmall, termasuk barangan yang besar.



Satu lagi aspek penting dalam kerjasama itu adalah meluaskan ekosistem e-dagang Alibaba untuk menyokong peniaga dalam keperluan logistik rentas sempadan.



"Di bawah kerjasama itu, Cainiao akan memanfaatkan keupayaan dan sumber logistik GLS yang kukuh, termasuk khidmat penunaian kastam, dan khidmat penghantaran ke rumah.



"Ini akan meningkatkan kapasiti pengendalian bungkusan harian di Singapura kepada 42 tan atau sekitar 600 barangan besar," menurut kenyataan itu.



Pelanggan boleh menerima bungkusan mereka dalam dua hari kerja setelah pemeriksaan kastam.



Ketua Rentas Sempadan Cainiao Network, Cik Chris Fan, berkata wadah Taobao dan Tmall semakin popular dalam kalangan pengguna di Singapura.



"Kami menjangkakan permintaan ini akan meningkat, lebih-lebih lagi menjelang pesta beli-belah tahunan 11.11.



"Kerjasama ini akan membolehkan kami meluaskan dan memperkukuh khidmat logistik kami di Singapura, dengan keupayaan lebih baik dalam menghantar barangan besar," ujar Cik Fan.



Katanya lagi, terdapat banyak manfaat yang boleh diraih daripada kerjasama jangka panjang itu, dengan banyak lagi daya usaha yang memberi tumpuan kepada pelanggan bakal dilaksanakan.



Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Rantai Bekalan, FairPrice Group, Cik Toh Hui Leng, pula berkata:



"GLS mempunyai ekosistem logistik digital yang menggunakan teknologi rantai bekalan terbaru dan analisis data untuk memenuhi permintaan e-dagang.



"Kerjasama kami dengan Cainiao akan memberi keberkesanan kos, produktiviti dan keupayaan dipertingkat, khususnya bagi penghantaran barangan besar, satu cabaran logistik bagi wadah dalam talian."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >