Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama AMP, syarikat fintech GivePlease bangun terminal derma tanpa sentuhan bagi zakat

Apr 21, 2021 | 01:06 AM



ORANG ramai yang ingin menderma atau membayar zakat harta kepada AMP boleh melakukannya menerusi lapan terminal derma tanpa sentuhan (contactless).



Ini hasil kerjasama AMP Singapura dengan syarikat teknologi  kewangan GivePlease, jelas AMP dalam kenyataannya pada Selasa (20 April).



AMP merupakan badan Melayu/Islam pertama yang menawarkan khidmat ini dengan menggunakan prasarana pembayaran inovatif.



Sebagai permulaan, lapan terminal akan disediakan di pejabat AMP serta kedai runcit dan kedai makanan dan minuman (F&B).



Antara rakan kerjasama AMP adalah kedai buku Wardah Books di Bussorah Street dan kedai makan Yumen Hut di Downtown East.



Pemangku Pengarah Eksekutif AMP, Cik Zarina Yusof, berkata:



“Kami melahirkan rasa sukacita sebagai badan Melayu/Islam pertama di Singapura yang dapat memanfaatkan teknologi sumbangan digital baru ini dan menawarkan kemudahan kepada penderma kami.



“Kerjasama dengan GivePlease ini akan memperkukuhkan lagi usaha kami  mendorong sumbangan tanpa sentuhan memandangkan pandemik yang sedang kita lalui. 



“Inisiatif ini melengkapi laman derma kami, ampdonate.sg, yang baru dilancarkan pada awal tahun ini.



“Kami berharap wadah-wadah ini dapat memupuk ekosistem sumbangan bukan hanya dalam kalangan individu tetapi peniaga,”



Kenyataan itu menambah, GivePlease dan AMP berkongsi matlamat memperkaya kehidupan masyarakat Melayu/Islam di Singapura dengan memupuk budaya memberi dan menjadikannya sebahagian kehidupan seharian mereka.



Dengan adanya terminal ini di kedai runcit dan F&B, lebih banyak peluang dan insentif menyumbang akan tersedia. 



Menerusi wadah sumbangan digital inovatif GivePlease, pengguna dapat menderma atau membayar zakat harta hanya dengan sentuhan kad debit atau kredit mereka.



Menurut kenyataan itu lagi, kerjasama antara AMP dengan GivePlease bakal mengubah proses pembayaran zakat secara menyeluruh bagi  masyarakat Melayu/Islam, sejajar dengan peralihan kepada pembayaran secara digital dan kurangnya penggunaan wang tunai. 



Pungutan dan pembayaran zakat kadangkala sesuatu yang rumit dan memakan masa yang panjang, terutama di tengah-tengah pandemik ini di mana sumbangan yang dibuat secara langsung sangat terhad. 



Selain itu, teknologi GivePlease dapat menyekat penggunaan sebarang kad kredit secara automatik semasa membuat pembayaran zakat memandangkan pembayaran berfaedah tidak boleh diterima bagi sebarang sumbangan zakat.



Selain pembayaran zakat harta, terminal ini juga membolehkan pengguna menggunakan kad debit atau kredit yang dilengkapi teknologi payWave bagi membuat sumbangan sekali sahaja ataupun berulang kali.



Salah satu fokus utama dalam kerjasama antara AMP dan GivePlease adalah penggunaan teknologi Singpass oleh Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech). 



Terminal derma ini menggunakan Singpass bagi mengesahkan identiti penderma bagi tujuan pengecualian cukai. 



Pengguna aplikasi Singpass hanya perlu mengimbas kod QR, berikan kebenaran untuk maklumat mereka dikongsi dan borang akan diisi secara automatik. 



Kaedah sumbangan yang selamat dan mudah ini diharap dapat menghidupkan nilai murah hati dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam di sini serta membantu memupuk budaya memberi.



Pengarah urusan GivePlease, Encik Adam Lindsay, berkata:



“Penggunaan teknologi inovatif kami yang memudahkan pengumpulan derma dan zakat di kedai-kedai di merata Singapura amat menggalakkan dan merupakan langkah pertama dalam misi mengubah landskap sumbangan secara holistik untuk badan-badan amal dan agama. 



“Kami menyokong misi AMP memupuk sikap menyumbang sebagai sebahagian aktiviti kehidupan seharian serta memupuk nilai murah hati.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >