Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama Divisyen Polis Jurong dan bank perangi penipuan wang

Aug 28, 2021 | 05:30 AM



SEORANG janda begitu termakan dengan kata-kata manis dan pujuk rayu 'kekasihnya' sehingga beliau sanggup cuba membuat pemindahan wang, buka sekali tetapi tiga kali, meskipun dinasihati pihak bank bahawa ia mungkin satu penipuan.



Mujur beliau akhirnya bersetuju untuk mengadakan panggilan video antara dirinya, kekasihnya itu dan pegawai bank.



Lelaki itu gagal menghadirkan diri bagi panggilan video tersebut, sekali gus menyedarkan wanita itu bahawa beliau hampir-hampir menjadi mangsa penipuan.



Menceritakan kejadian itu, pengurus bank berkenaan, Cik Winnie Chng, berkata wanita itu telah ke cawangan bank OCBC di Choa Chu Kang sebanyak tiga kali pada 14, 15 dan 17 Jun lelau untuk memindahkan wang sebanyak $10,500 kepada "kekasihnya" yang dipercayai beliau berada di Amerika Syarikat bersama anak perempuannya.



Namun, pegawai bank bertugas mendapati nombor akaun bank yang diberikan adalah akaun peribadi bank berpangkalan di Thailand dan menasihat Cik Chng supaya membuat pemeriksaan lanjut.



Namun, wanita itu kembali ke cawangan tersebut buat kali kedua dan kali ini pihak bank meminta polis datang memberi nasihat.



Staf Sarjan Kanan (SSS) Muhd Hasif Kamari dari Pusat Polis Kejiranan (NPC) Choa Chu Kang adalah salah seorang pegawai yang cuba menasihati wanita itu.



"Dalam kes sebegini, kami harus banyak bersabar dan menerangkan dan menunjukkan kepada mangsa tanda-tanda serupa penipuan yang telah berlaku sebelum ini. Kami akan terus menasihatnya dan berulang kali menunjukkan bukti yang kami ada," jelas SSS Hasif.



Divisyen Polis Jurong telah bekerjasama dengan bank-bank di kejiranan itu dalam usaha mengesan kes-kes penipuan dalam talian sebelum ia berlaku.



Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan, kerugian kes-kes penipuan itu yang disiasat Divisyen Polis Jurong berjumlah lebih $162,000 secara keseluruhan pada tahun ini.



Mengulas lebih lanjut mengenai kes penipuan itu, SSS Muhd Hasif berkata:



"Kami rasa lega kerana akhirnya mangsa tidak jadi memindahkan wang dan beliau sedar ini semua satu penipuan,"



Sementara itu, Cik Chng menambah:



"Bagi kes penipuan cinta sebegini, mangsa yang disasarkan sering keseorangan, ataupun penipu cuba untuk mereka persona yang mirip seperti mangsa.



"Sebagai contoh kes ini, mangsa seorang ibu tunggal dan mempunyai anak perempuan. Penipu pula bapa tunggal dengan seorang anak perempuan."



Menurut jurucakap bank itu, jumlah terbesar yang dihentikan sebelum mangsa kehilangan wang adalah sebanyak $68,000.



Sejak Januari hingga Julai, pegawai bank OCBC berjaya mengesan sebanyak 61 kes yang disyaki penipuan, dengan wang berjumlah $1.4 juta.



Kes-kes yang berjaya dikesan itu mencerminkan kerjasama erat antara SPF dan bank.



Pengurus perkhidmatan pelanggan cawangan Choa Chu Kang OCBC, Cik Goh Swee Lee berkata:



"Penipu tidak mendiskriminasi, dan kami melihat mangsa penipuan terdiri dari semua golongan.



"Semasa pandemik ini, lebih ramai yang menggunakan teknologi dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan timbulnya penipuan.



"Oleh itu, kerjasama dengan masyarakat dan polis sangat penting dalam memerangi penipuan ini."




"Penipu tidak mendiskriminasi, dan kami melihat mangsa penipuan terdiri dari semua golongan.

Semasa wabak ini, lebih ramai yang menggunakan teknologi dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan timbulnya penipuan.

Oleh itu, kerjasama dengan masyarakat dan polis sangat penting dalam memerangi penipuan ini."

- Pengurus perkhidmatan pelanggan cawangan Choa Chu Kang OCBC, Cik Goh Swee Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >