Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama kunci daya saing S'pura dalam robotik: See Leng

Sektor awam, swasta, institusi pengajian dan penyelidikan harus berinovasi bersama, kaji pembangunan robotik bagi huraian dunia sebenar
Feb 11, 2023 | 05:30 AM



DENGAN robotik merupakan bidang pertumbuhan buat Singapura, kunci memastikan daya saing negara ini dalam robotik ialah kerjasama, ujar Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.



Agensi sektor awam, institusi pengajian tinggi (IHL), institusi penyelidikan dan sektor swasta di sini perlu terus bekerjasama, berinovasi bersama dan mentafsirkan penyelidikan dan pembangunan robotik menjadi huraian serta amalan dunia sebenar.



Dr Tan menekan ini semasa berucap di festival NRP6 sempena ulang tahun keenam Program Robotik Nasional (NRP) di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).



NRP ialah wadah nasional yang memantau penyelidikan, pembangunan dan realisasi huraian robotik di Singapura.



Ia di bawah Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).



"Robotik merupakan bidang pertumbuhan buat Singapura, dan kita lihat banyak sektor industri semakin menggunakan huraian robotik untuk mempertingkat produktiviti, keselamatan dan mutu.



"Hari ini, terdapat lebih 200 syarikat robotik di Singapura, termasuk 80 syarikat pemula (startup), sembilan daripadanya bermula daripada projek NRP," kata Dr Tan.



Di festival itu, Dr Tan menyaksikan tiga perkembangan lanjut dalam usaha NRP mempertingkat ekosistem robotik di Singapura.



Pertama, sebuah Arena Udara, yang menyokong ujian penerbangan bagi projek berkaitan dron serta robotik udara dilancarkan di SUTD.



"Dalam melakukan demikian, kemudahan luar yang berjaring ini direka untuk mengatasi kekangan ruang udara Singapura yang terhad.



"Saya yakin Arena Udara akan menyumbang kepada usaha Singapura mempercepat pembangunan dan penggunaan dron," ujar Dr Tan.



Selain itu, Dr Tan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara SUTD, Gardens by the Bay, dan sebuah syarikat pemula tempatan yang dipupuk di SUTD, Spinoff Robotics.



Tiga pihak itu akan bekerjasama untuk membangun dan mengkomersialkan teknologi robotik udara yang boleh melengkapi pekerjaan manusia dalam sektor sekitaran binaan, pembersihan dan landskap.



Dr Tan turut mengumumkan pelancaran Rujukan Teknikal 108, atau TR108, yang menyediakan saranan serta keperluan pada peringkat sistem bagi pengerahan sistem robot dalam sektor penjagaan kesihatan.



Ia menetapkan rangka kerja penilaian keselamatan dan keperluan penilaian risiko bagi pengerahan mampan sistem robot dalam sekitaran dinamik.



Dr Tan berkata pelaburan Singapura dalam penyelidikan dan pembangunan robotik telah menghasilkan manfaat yang besar buat masyarakat.



"Ekosistem robotik kita hari ini menawarkan pelbagai teknologi perkakasan mahupun perisian, harta intelek dan bakat manusia.



"Daripada kumpulan yang tersedia ini, kami membangunkan dan mengerahkan robotik dalam perang kita menentang Covid-19 sepanjang tiga tahun lalu.



"Untuk melindungi pekerja barisan depan kita, robot menjalankan tugasan seperti memindahkan pesakit, memantau penanda aras kesihatan penting pesakit dan menyampaikan perubatan.



"Kita mampu menggandakan keupayaan ujian diagnostik kita untuk menangani lonjakan dalam permintaan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >