Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Kerjasama lebih kukuh diperlu bagi inisiatif kemampanan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SIDANG PUNCAK G20

Kerjasama lebih kukuh diperlu bagi inisiatif kemampanan

Nov 01, 2021 | 05:30 AM

Kerjasama antarabangsa yang lebih kukuh juga diperlukan bagi inisiatif kemampanan, kata Encik Lee.

Beliau berkata terdapat banyak skop untuk membuka peluang ekonomi yang besar dan memberi manfaat kepada semua pihak sedang negara ini mendorong ke arah pengurangan karbon dan kemampanan.

Sementara itu, usaha kerjasama juga perlu diteruskan di peringkat antarabangsa bagi menangani cabaran dalam pasaran kredit karbon di dunia, mempertingkat kewibawaan sekitaran dan meningkatkan skala peluang hijau, tambah Encik Lee.

Ini selain mengendalikan potensi limpahan rentas sempadan bagi penetapan harga karbon dan langkah berkaitan yang diambil negara individu.

Encik Lee turut menekankan keperluan meningkatkan skala kewangan mampan, sambil menambah ia akan menjadi semakin penting bagi Asia dan banyak ekonomi baru lain untuk mendapatkan pembiayaan privet.

Dalam hal itu, beliau berkata set piawaian sejagat yang konsisten bagi pendedahan yang perlu dilaksanakan.

"Sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa, Singapura komited menyokong pembangunan keupayaan kewangan mampan, menggerakkan modal swasta menerusi huraian pembiayaan kemampanan inovatif, dan memangkin strategi pelaburan berdaya tahan terhadap iklim," kata beliau.

Sementara itu, dalam sesi ketiga mengenai 'Pembangunan Mampan' pula, Encik Lee telah mengetengahkan dua bidang yang penting bagi mencapai pembangunan mampan dengan seimbang dan bersepadu.

Bidang yang pertama ialah pendidikan - satu prasyarat bagi pertumbuhan dan pembangunan mampan.

Yang kedua pula ialah usaha merapatkan jurang digital, dengan pandemik Covid-19 telah memperluaskan jurang antara mereka yang mempunyai akses kepada komputer dan Internet dengan mereka yang tidak.

Singapura telah bekerja sama dengan pertubuhan antarabangsa dan anggota G20 termasuk Argentina, Jepun, Mexico, Turkey dan Amerika Syarikat bagi menyediakan pembangunan keupayaan bagi membantu dalam pembangunan kemampanan di negara-negara sedang membangun.

Sidang Puncak G20 di Rome memberi tumpuan pada isu perubahan iklim, pandemik Covid-19 dan ekonomi.

Kumpulan G20, yang merangkumi Brazil, China, India, Jerman dan Amerika, membentuk lebih 80 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia, 60 peratus penduduk dunia dan sekitar 80 peratus pelepasan gas rumah hijau sejagat.

Singapura bukan anggota G20, yang menghimpunkan ekonomi-ekonomi terbesar dunia, tetapi telah diundang sebagai negara tetamu.

Selain menyertai perbincangan G20, Encik Lee juga mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin negara lain di sisi sidang puncak itu termasuk Canselor Jerman Dr Angela Merkel dan Perdana Menteri India Encik Narenda Modi.

Hasil perbincangan mengenai iklim dari Puncak G20 yang berakhir semalam akan dimanfaatkan bagi perbincangan Sidang Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) yang berlangsung di Glasgow, Scotland. Singapura diwakili Menteri Kemampanan dan Sekitaran Cik Grace Fu.

Lebih 100 pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Encik Joe Biden dan Encik Modi berada di Glasgow, Scotland bagi mendorong kemajuan yang lebih pantas dalam menangani perubahan iklim.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3