Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama Mendaki, NTUC tingkat tenaga kerja masyarakat

Feb 26, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki akan pertingkat usaha menggalak lebih ramai anggota masyarakat Melayu/Islam menyertai program pekerjaan dan daya kerja nasional.



Ini susulan langkah mereka menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Di samping itu, NTUC pula akan menerajui kegiatan seperti latihan dan peningkatan kemahiran serta bekerjasama dengan syarikat dalam sektor baru untuk menyediakan peluang pekerjaan.



MOU tersebut adalah sebahagian daripada strategi utama Bidang Tumpuan 4 (FA4) M3 yang bertujuan mempertingkat keupayaan tenaga kerja Melayu/Islam melalui daya usaha peningkatan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat, kata Mendaki dan NTUC dalam satu kenyataan bersama semalam.



Bidang tumpuan itu bertujuan memberikan sokongan kepada segenap lapisan pekerja.



Ini termasuk pemohon kerja matang berusia 40 tahun dan ke atas, golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), lulusan baru, pekerja muda, dan masyarakat umum seperti mereka yang bergaji rendah dan bekerja sendiri.



Pengarah NTUC, Encik Mohd Fahmi Aliman, berkata kos sara hidup kekal sebagai keprihatinan teras pekerja, dan pendekatan terbaik adalah untuk membolehkan pekerja mendapat akses kepada pekerjaan lebih baik, meraih pendapatan lebih tinggi dengan kemahiran lebih baik.



"Kerjasama NTUC-Mendaki ini satu contoh utama bagaimana NTUC terus memperluaskan usaha kami dalam bidang ini, menjalin kerjasama dengan rakan pertubuhan berasaskan masyarakat dan bantu diri untuk mempertingkat pendekatan kami kepada pekerja dan masyarakat yang akan mendapat manfaat daripada sumber peringkat nasional dalam latihan dan penempatan kerja," kata beliau.



Di bawah MOU itu, Mendaki melalui program Penasihat Penjagaan dan Future Ready mereka juga akan bekerjasama dan merujuk individu Melayu/Islam kepada Hab Pembelajaran NTUC dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC bagi program latihan dan penempatan kerja.



Sebagai pertubuhan utama bagi Pasukan Bertindak FA4 M3, NTUC akan menerajui kegiatan berkaitan peningkatan kemahiran, latihan, pameran kerjaya, dan bekerjasama dengan syarikat untuk menyediakan peluang penempatan kerja dalam sektor baru dan pertumbuhan.



Selain itu, sayap belia Young NTUC, Hab Pembelajaran NTUC dan e2i akan berganding bahu dengan program Future Ready Mendaki bagi belia dan PMET.



Mulai tahun ini, kesemua Pusat Satelit dan Ruang Belia Mendaki juga akan menjadi lebih mudah diakses bagi pemohon kerja mendapatkan sumber dan khidmat nasihat kerjaya.



NTUC akan bekerjasama dengan Mendaki untuk memanfaatkan kemudahan tersebut sebagai tempat bagi pendekatan khusus dan ruang latihan.



Butiran lanjut akan dikongsi kelak, kata Mendaki dan NTUC.



Majlis menandatangani MOU itu, yang diadakan kelmarin, dihadiri Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Chee Hong Tat; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki; Pengarah NTUC, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang juga Mayor Daerah South East; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah.



Cik Zuraidah berkata, beliau gembira dengan perasmian kerjasama antara NTUC dengan Mendaki melalui MOU itu.



"Menerusi kerjasama ini, NTUC dan Mendaki akan dapat memanfaatkan kekuatan dan sumber satu sama lain untuk menyediakan bantuan khusus dan menyeluruh kepada pekerja kita.



"Ini akan membantu memperkukuh kecekapan tenaga kerja Melayu/Islam dan mempersiapkan mereka untuk menyertai sektor baru dan pertumbuhan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >