Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama S'pura, M'sia kian meningkat, liputi pelbagai bidang

Presiden Halimah, Agong sentuh hubungan kededua negara yang saling manfaat demi kepentingan bersama dalam harungi pandemik
Oct 27, 2022 | 05:30 AM



KERJASAMA dua hala antara Singapura dengan Malaysia telah berkembang mekar dan kukuh, dan kerjasama kededua negara sejak sekian lama meliputi pelbagai bidang merangkumi perdagangan, pelaburan dan pelancongan.



Ini dicerminkan dengan Singapura dan Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar antara satu sama lain.



Malah, berdepan dengan cabaran segenerasi, iaitu pandemik Covid-19, kededua negara jiran ini juga telah mengatasi cabaran dan kesukaran untuk terus menjalin hubungan rapat dan kerjasama itu demi kemaslahatan rakyat masing-masing.



Berkata demikian dalam ucapannya di majlis Jamuan Negara di Istana sempena lawatan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ke sini, Presiden Halimah Yacob berkata:



"Meskipun berdepan dengan cabaran yang tidak pernah dilalui, kita bekerjasama tanpa lelah untuk memastikan pergerakan rentas sempadan bagi barangan, perkhidmatan dan warga dengan selamat.



"Kita sama-sama rasa lega apabila sempadan kita dibuka semula sepenuhnya pada 1 April lalu dan keluarga serta orang-orang tersayang dapat bertemu semula kembali."



Presiden Halimah menambah sejak sempadan dibuka semula, jumlah pelawat yang melepasi kededua pusat pemeriksaan darat setiap hari dan perkhidmatan penerbangan secara mingguan telah hampir mencapai angka prapandemik.



"Pegawai dan pemimpin kita sudah menyambung semua lawatan kerja, pengajian dan lawatan rasmi lain sedang bertukar-tukar idea dan mengusahakan inisiatif baru sesama mereka.



"Kedua-dua pihak tidak berlengah untuk terus menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang," kata Puan Halimah.



Puan Halimah menarik perhatian bahawa Singapura dan Malaysia sedang berusaha untuk meluaskan pertukaran dan memperkukuh kepercayaan dalam kalangan generasi muda menerusi usaha seperti pemeteraian beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman (MOU).



Beliau merujuk kepada MOU yang dimeterai Mei lalu antara Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Teknologi Petronas Malaysia untuk meningkatkan pertukaran antara kakitangan dan pelajar, untuk bertukar-tukar amalan terbaik, dan menggalakkan kerjasama peluang penyelidikan atau latihan amali.



Dari segi perdagangan pula, kedua-dua Kementerian Perdagangan telah mencapai persetujuan tentang dua Rangka Kerja Kerjasama mengenai ekonomi digital dan ekonomi hijau.



Kata Puan Halimah, sehingga kini, terdapat kemajuan yang baik bagi kedua-dua Persefahaman Rangka Kerja ini.



Puan Halimah turut mengucapkan penghargaan kepada Malaysia atas kerjasama ini kerana ia merupakan kunci utama bagi jawatan pengerusi untuk Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) tahun ini.



"Malaysia telah menjadi penyumbang aktif dalam Mesyuarat Pegawai Kanan, dan menyumbang ke arah membangunkan proses untuk ekonomi lain yang bercita-cita untuk menyertai CPTPP.



"Saya ingin mengambil ini peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas pengesahan CPTPP, yang seperti Perkongsian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), adalah dua daripada FTA terbesar yang berlabuh di rantau kita," katanya.



Dalam ucapannya, Sultan Abdullah berkata beliau yakin hubungan menyeluruh dan saling memanfaatkan antara kededua negara akan terus berkembang demi kepentingan bersama.



"Di tengah-tengah pergolakan geopolitik, ekonomi baru dan landskap geostrategik, keperluan untuk bekerjasama adalah lebih penting sekarang," ujarnya.



Sultan Abdullah semalam diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta anggota keluarga diraja dan pegawai kanan.



Turut hadir di Jamuan Negara itu adalah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; dan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Awal sebelum itu, Agong dan Raja Permaisuri juga telah menghadiri upacara penamaan hibrid orkid baru, Dendrobium Queen Azizah of Malaysia, yang dinamakan sempena lawatan mereka ini.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan isterinya, Cik Ho Ching, pula telah mengadakan pertemuan dengan Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah dalam satu jamuan makan tengah hari semalam.



LAPORAN SELANJUTNYA: PM Lee jamu Agong makan tengah hari




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >