Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama tiga pihak bagi tinjau, fahami isu diskriminasi pekerja

Tan See Leng dedah kerjasama pemerintah dengan majikan dan gerakan buruh, beri pengamatan tentang masa depan pekerjaan
pme
Aug 13, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH sedang bekerjasama dengan gerakan buruh, majikan serta syarikat untuk meninjau dan memahami isu berkaitan diskriminasi yang dialami pekerja, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Menurutnya, kementeriannya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa tiga pihak untuk meninjau semua bentuk diskriminasi yang berlaku di tempat kerja demi melindungi pekerja tempatan.



"Ini meskipun sudah terdapat dasar seperti Rangka Kerja Pertimbangan Adil (FCF) serta Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pengambilan Kerja Adil dan Progresif (Tafep).



"Kita mahu melaksanakan semua ini dengan baik," katanya.



Dr Tan berkata demikian semasa satu sesi dialog bersama pemandu teksi dan pemandu kereta privet, anjuran Berita Harian, semalam.



Beliau sedang memberikan respons terhadap soalan akhbar ini menyusuli kenyataan kementeriannya pada 6 Julai lalu berhubung amalan diskriminasi atau ketidakadilan di tempat kerja.



Lima ciri diskriminasi akan diteliti jawatankuasa itu termasuk usia, jantina, bangsa dan agama, wanita hamil serta selepas melahirkan serta isu pengambilan antara pekerja tempatan dan pekerja asing.



Dalam dialog itu Dr Tan turut memberi pengamatan tentang masa depan pekerjaan dan cabaran yang dihadapi pekerja ekonomi gig seperti pemandu kereta privet.



Para peserta pula turut mengongsi antara keprihatinan mereka mendapatkan pekerjaan baru, isu harga minyak yang meningkat serta perlindungan bagi pekerja bebas.



Akur akan keprihatinan yang dialami pekerja ekonomi gig dengan masa depan yang tidak menentu, Dr Tan menggesa mereka supaya memanfaatkan pelbagai wadah dan program mempertingkatkan kemahiran yang tersedia.



"Sehingga hari ini, pemerintah dan warga mempunyai hubungan sosial yang kukuh di mana pemerintah telah mengongsi apakah antara potensi gangguan yang akan berlaku dan bagaimana kita mempersiapkan diri untuknya.



"Justeru saya ingin memberi jaminan kepada anda inilah yang akan kita lakukan dan akan terus lakukan agar tiada yang ketinggalan," ujarnya.



Dalam pada itu, Dr Tan turut menyentuh tentang 20,000 kerja kosong bagi golongan PMET yang kebanyakan menurutnya tertumpu pada industri berkembang seperti bidang teknologi dan jagaan kesihatan.



Menurutnya, firma lebih cenderung untuk mengambil mereka yang sudahpun berkemahiran, justeru ia mengambil masa untuk warga Singapura meraih kemahiran sebelum diambil bekerja dalam sektor-sektor tersebut.Namun Dr Tan menekankan, pemerintah akan memastikan tenaga kerja dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan.



"Pemerintah sedang bekerjasama untuk memastikan tenaga kerja dilengkapi dengan kemahiran sewajarnya agar lebih relevan secara ekonomi dalam dunia berdaya saing sambil memastikan pekerja meraih pendapatan yang mencukupi," katanya.



Selain Dr Tan, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad dan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, juga turut serta dalam dialog tersebut.



Menyentuh tentang peluang pekerjaan, Encik Zaqy berkata sedang negara kembali pulih dan Covid-19 menjadi suatu endemik, lebih banyak pekerjaan akan diwujudkan.



"Kita sedang melihat bagaimana untuk memperhalusi dan memberikan peluang yang setara serta pengambilan pekerja secara adil buat pekerja kita," ujarnya.



Beliau turut berkongsi bahawa syarikat berbilang negara (MNC) yang berpangkalan di sini perlu mengambil warga Singapura sebagai pekerja untuk terus bertapak di sini.



Encik Saktiandi yang juga pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Pengangkutan melahirkan keprihatinan berhubung isu persaraan pekerja dalam ekonomi gig.



"Adalah penting untuk pekerja bebas memikirkan tentang soal persaraan dan perancangan mereka bagi persaraan selain memikirkan bagaimana tentang masa depan keluarga," katanya.



Laporan lanjut: Zaqy: Majikan perlu sedia ubah pemikiran, strategi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >