Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KERTAS PUTIH MENGENAI RESPONS S'PURA TERHADAP COVID-19: PENGAJARAN BAGI PANDEMIK MASA DEPAN

Kertas putih respons S'pura terhadap Covid-19 diterbit

Mar 09, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH mengeluarkan kertas putih pada Rabu yang mengenal pasti keputusan wajar dan kelemahan dalam respons Singapura terhadap Covid-19, serta pengajaran untuk pandemik masa depan.



Kertas itu, yang akan dibahaskan di Parlimen hujung Mac, membentangkan perkara yang telah dilakukan dengan baik, termasuk dalam melindungi nyawa dan mata pencarian, mengekalkan daya tahan sistem penjagaan kesihatan, serta memberi vaksinasi kepada penduduk.



Namun, kertas itu juga akur terhadap perkara yang boleh diperbaiki termasuk dalam mengurus penularan di dormitori pekerja migran, dasar awal terhadap pemakaian pelitup dan fleksibiliti mengurus langkah selamat.



'Kertas Putih Mengenai Respons Singapura Terhadap Covid-19' itu mengambil pandangan daripada semakan dalaman oleh Ketua Perkhidmatan Awam, Encik Peter Ho, serta dapatan daripada semakan selepas tindakan yang dijalankan agensi pemerintah.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata pandemik Covid-19 merupakan masalah rumit yang terjadi pada skala yang besar.



Beliau menyatakan mereka perlu membuat keputusan sedangkan maklumat masih tidak lengkap dan berdasarkan penilaian terbaik pada waktu itu.



DPM Wong: Covid-19 masalah rumit pada skala besar



"Kami terpaksa beroperasi dalam keadaan kabut. Kami perlu membuat keputusan dalam situasi di mana maklumat yang kami dapat tidak lengkap.



"Kami mempunyai perbahasan yang hangat mengenai tindakan yang perlu diambil. Ini selalunya bukan antara dua pilihan, tetapi berbagai pilihan dengan keputusan yang sukar.



"Kami membuat penilaian terbaik waktu itu, tetapi sudah tentunya apabila ditinjau kembali apa yang diketahui sekarang, kami mungkin mengatasi situasi tertentu dengan cara yang berbeza," ujarnya.



Encik Wong, yang merupakan pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19, berkata demikian apabila ditemui media selepas satu taklimat mengenai kertas putih itu pada Selasa.



Katanya lagi, kertas putih itu cuba memaparkan pelbagai pandangan mengenai perkara yang berlaku semasa pandemik Covid-19 agar pengajaran boleh diraih.



Pandemik seterusnya juga akan berbeza dengan apa yang telah dilalui, seperti mana Covid-19 juga berbeza daripada Sars, ujar Encik Wong lagi.



"Kami tidak harus menjadikan pengajaran itu sebagai doktrin yang boleh membawa kami ke jalan yang salah, lebih-lebih lagi jika virus seterusnya amat berbeza," ujarnya.



Dengan $72.3 bilion yang telah dibelanjakan untuk melawan pandemik itu sepanjang tahun kewangan 2020 dan 2021, Encik Wong berkata perbelanjaan itu sedang disemak Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) untuk memastikan setiap dolar dipertanggungjawabkan.



Mengenai apakah 'gred' yang beliau berikan kepada respons Singapura terhadap pandemik itu, Encik Wong berkata:



"Saya tidak mungkin boleh berikan gred kerana saya yang sedang diuji. Jadi, rakyatlah yang perlu uji dan nilai saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >