Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes ‘Haji VIP’: Fahrorazi bebas dari tuduhan

Oct 14, 2019 | 08:35 PM



KES penipuan ‘Haji VIP’ melibatkan pendakwah setempat Fahrorazi Sohoi telah dilepaskan, namun tidak membawa kepada pembebasan (DNATA).



Ketika dihubungi hari ini, peguam Encik Fahrorazi, Encik Mohamed Niroze Idroos daripada firma Niroze Idroos Law, berkata satu persidangan praperbicaraan telah diadakan pada 10 Oktober lalu berhubung kes itu.



“Di persidangan praperbicaraan itu, pihak pendakwa raya memaklumkan siasatan telah selesai dijalankan dan mereka memohon bagi kes dilepaskan tetapi tidak membawa kepada pembebasan (DNATA) berhubung tuduhan di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.



“Dengan itu, mahkamah melepaskan Encik Fahrorazi,” kata beliau.



Difahamkan, DNATA bererti beliau masih boleh diberkas semula jika terdapat perkembangan baru dalam kes, namun, tempoh pembebasan itu tidak ditentukan. 



Dalam pada itu, satu lagi persidangan praperbicaraan bagi kes melibatkan Encik Fahrorazi akan diadakan pada 24 Oktober nanti.



Encik Niroze bagaimanapun berkata kes itu “langsung tidak ada kena-mengena” dengan kes Haji VIP itu dan tidak mengulas lanjut.



Encik Fahrorazi, 47 tahun, dihadapkan ke mahkamah pada Ogos tahun lalu atas satu tuduhan menipu individu bernama Encik Mohammad Farehan Mohammad Hussein.



Menurut kertas pertuduhan sebelum ini, beliau didakwa memperdaya Encik Mohammad Farehan hingga beliau percaya tertuduh boleh menunaikan ‘Haji VIP’ atas undangan Kedutaan Arab Saudi.



Hasilnya, Encik Mohammad Farehan memberinya wang tunai sebanyak $1,550.



Pada Oktober tahun lalu, Berita Harian melaporkan seorang lelaki berusia 58 tahun telah ditangkap berhubung kes itu bagi membantu dalam siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >