Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh Gardens by the Bay: Pengurus kedai dobi didapati salah bunuh kekasih

Jul 19, 2019 | 12:11 PM



PENGURUS kedai dobi Leslie Khoo Kwee Hock, 51 tahun, yang mencekik kekasihnya dalam keretanya di jalan raya sunyi dekat Gardens by the Bay dan kemudian membakar tubuhnya didapati bersalah membunuh semalam.



Pesuruhjaya Kehakiman Audrey Lim mendapati Khoo bersalah membunuh Cui Yajie, seorang jurutera berusia 31 tahun pada 12 Julai 2016 dan menolah semua pembelaan yang diutarakannya berhubung tuduhan tersebut.



Antara lain, beliau berkata Khoo tahu perbuatannya menekan leher Cik Cui dengan kuat akan menyebabkan kematiannya, lapor akhbar The Straits Times.



Beliau menolak dakwaan Khoo bahawa dia tidak berniat mencekiknya dan hanya sedar tangannya di leher wanita itu apabila beliau berhentik bergerak.



Tambahnya, Khoo mempunyai sebab untuk membunuh Cik Cui yang mendesaknya membayar hutang $20,000 kepada beliau.





Hakim akan menjatuhkan hukuman pada tarikh lain.



Khoo boleh dipenjara seumur hidup atau dikenakan hukuman gantung.



Khoo, yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat dobi manakala Cik Cui, seorang warga China, merupakan jurutera kanan di sebuah syarikat semikonduktor.



Mereka bertemu pada awal 2015 apabila Khoo membantu Cik Cui yang mempunyai masalah dengan bekas teman lelakinya.



Mereka kemudian menjalin hubungan namun menghadapi pelbagai masalah selepas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >