Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes curi minyak gas $200 juta: Dakwaan rasuah, terlibat dalam konspirasi buat 3 bekas pekerja Shell

Feb 24, 2021 | 12:45 AM



TIGA bekas kakitangan Shell Eastern Petroleum yang dikaitkan dengan kes pencurian minyak gas bernilai $200 juta telah didakwa dengan kesalahan memberi rasuah kepada kakitangan syarikat peninjau yang memeriksa kapal yang meraih bekalan minyak daripada syarikat minyak raksasa itu.



Juandi Pungot, 44 tahun, Muzaffar Ali Khan Muhamad Akram, 40 tahun dan Richard Goh Chee Keong, 51 tahun, dihadapkan ke mahkamah daerah pada Selasa (23 Februari) dengan tuduhan dibacakan kepada mereka.



Ketiga-tiganya yang sebelum ini didakwa atas kesalahan jenayah pecah amanah didakwa terlibat dalam satu konspirasi membabitkan 300 tan minyak gas bernilai sekitar AS$150 juta ($200 juta) yang dicuri daripada kilang sejagat terbesar Shell.



Akhbar The Straits Times melaporkan Juandi dan Muzaffar Ali Khan berdepan dengan 13 tuduhan seorang sementara Goh dihadapkan dengan empat tuduhan, kesemunya di bawah Akta Pencegahan Rasuah.



Antara 2014 dengan 2017, Juandi dan Muzaffar Ali Khan didakwa berpakat untuk memberikan rasuah sejumlah AS$91,900 kepada kakitangan syarikat peninjau agar mereka melaporkan secara tidak tepat jumlah minyak gas yang dimuatkan ke dalam kapal yang perlu diperiksa kakitangan berkenaan.



Antara 2016 dengan 2017 pula, Goh didakwa memberi rasuah sejumlah AS$25,000 kepada kakitangan syarikat peninjau  atas sebab yang sama.



Mereka bertiga akan kembali ke mahkamah bulan depan.



Seorang jurucakap Shell menjelaskan syarikat itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa pemerintah dan persatuan industri terbabit bagi menangani isu pencurian minyak di rantau ini.



"Apa yang kami temui tidak boleh diterima dan kami telah mengambil tindakan ketara dalam membantu mencegah situasi serupa daripada berlaku lagi. Kami akan fokus pada cabang termasuk memantau produk yang keluar masuk daripada Bukom, proses pengurusan kapal dan mempertingkat etika dan latihan pematuhan undang-undang," jelas jurucakap itu, merujuk pada Pulau Bukom yang menampung kilang minyak Shell.



Jika didapati bersalah, si pesalah boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda hingga $100,000 bagi setiap tuduhan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >