Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi kekal tinggi: NEA, majlis bandaran teruskan usaha cegah pembiakan nyamuk

Sep 02, 2020 | 06:39 PM



SEBANYAK 27,663 kes denggi dilaporkan tahun ini hingga semalam (1 September).



Mendedahkan demikian dalam satu kenyataan, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu (2 September), berkata terdapat 1,155 kes dilaporkan minggu lalu. Jumlah ini merosot sebanyak 133 kes berbanding minggu sebelumnya.



NEA menambah walaupun jumlah ini adalah lebih 600 kes di bawah jumlah kemuncak mingguan yang mencecah 1,792 kes tahun ini, jumlah kes denggi secara mingguan kekal tinggi. Tambahan pula, Singapura kini di tengah-tengah musim denggi yang secara tradisional menampakkan peningkatan bilangan kes.



Justeru itu, tindakan segera masyarakat diperlukan dalam menjalankan langkah kawalan vektor. Individu juga digalakkan agar mengambil langkah proaktif melindungi diri daripada dijangkiti denggi.



NEA berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Majlis Bandaran bagi mempertingkat usaha mencegah denggi dalam satu latihan intensif selama dua minggu serata pulau pada Julai lalu.



Latihan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan mengekalkan momentum tindakan masyarakat dalam melawan denggi.



Hasilnya, bulan lalu NEA telah mengesan pembiakan nyamuk Aedes berkurangan sebanyak 50 peratus di  kawasan yang diuruskan Majlis Bandaran berbanding Julai tahun ini.



Lantaran itu, usaha pencegahan intensif denggi akan diteruskan bersama pihak Majlis Bandaran.  




 




 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >