Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi mingguan merosot, dinasihati agar tetap waspada

Oct 22, 2019 | 02:35 PM



SITUASI denggi paling teruk Singapura mungkin akan berakhir, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Namun, kenaikan sedikit dalam jumlah kes minggu lepas menyebabkan pihak berkuasa menasihati orang ramai agar terus berjaga-jaga, dan elak kes denggi meningkat lagi.



Dari 19 Julai hingga 12 Oktober, terdapat kemerosotan dalam kes denggi. Jumlah kes terjunam hingga 229 kes, dari 664 pada minggu kedua Julai.



NEA berkata Singapura telah melepasi tempoh di mana penyakit ini merebak cepat, iaitu pada Julai dan Ogos lalu.



NEA juga berkata daripada 1,267 kelompok denggi, 1,192 telah ditutup.



Tetapi, orang ramai harus masih berhati-hati. Minggu lalu, jumlah kes yang dilaporkan naik sedikit kepada 239 kes.



"Kewaspadaan harus dikekalkan kerana data menunjukkan bahawa kemungkinan kenaikan jumlah nyamuk Aedes pada akhir tahun.



"Jika tidak dijaga, jumlah nyamuk boleh meningkat sekali lagi dan meningkatkan risiko denggi,” kata NEA.



Sebanyak 13,079 kes denggi dilaporkan sehingga Sabtu lalu, jumlah tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >