Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes dera, bunuh pembantu rumah Myanmar mengejutkan: Josephine Teo

Feb 24, 2021 | 10:54 PM



PENDERAAN dan penyeksaan yang dialami pembantu rumah Myanmar, Cik Piang Ngaih Don, mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo.



Cik Teo menggesa masyarakat agar membantu mengesan kes serupa dan melaporkan sebarang tanda penderaan pekerja asing ini.



Cik Piang berusia 24 tahun apabila beliau meninggal dunia pada 26 Julai 2016.



Berat badannya hanya 24 kilogram pada waktu itu setelah kehilangan 38 peratus daripada berat badan asal sejak mula bekerja di Singapura pada 28 Mei 2015.



Dalam satu lampiran pos Facebook pada Rabu malam (24 Februari), Cik Teo mengirim ucapan takziah kepada keluarga Cik Piang dan menambah pemerintah akan mengambil isu melindungi pembantu rumah asing secara serius.



Pada Selasa, majikan Cik Piang, Gaiyathiri Murugayan, 40 tahun, seorang warga Singapura dan isteri pegawai polis Kevin Chelvam, 41 tahun, mengaku membiarkan pembantunya kelaparan, menyeksa dan akhirnya membunuhnya.



Chelvam, yang berjawatan Staf Sarjan digantung daripada tugasnya sejak 8 Ogos 2016 dan berdepan dengan berbilang tuduhan berkaitan dengan penderaan dan kematian Cik Piang.



Kesnya masih dibicarakan.



Dalam kenyataan pada Rabu, polis menyatakan pegawai polis diharapkan dapat menegakkan undang-undang.



Justeru, mereka yang melanggar undang-undang akan ditangani secara tegas.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >