Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes fitnah anggota Kabinet: Hukuman ketua editor, penulis TOC diringankan

May 05, 2023 | 05:30 AM



KETUA editor The Online Citizen (TOC) dan seorang penulis di laman web sosiopolitik itu pada Khamis menerima hukuman yang diringankan oleh Mahkamah Tinggi berkaitan kes fitnah anggota Kabinet.



Mereka masing-masing sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara tiga minggu pada 2022 berhubung kes tersebut.



Penulis itu, Daniel De Costa Augustin, sebaliknya didenda $10,000, manakala editor Terry Xu didenda $8,000.



Pengurangan hukuman dibuat selepas rayuan oleh dua lelaki itu.



De Costa, yang juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menggunakan akaun e-mel tanpa kebenaran, telah diizinkan untuk mula menjalani hukuman penjara dalam tempoh empat minggu.



Xu, yang telah berpindah ke Taiwan, telah memilih untuk menjalani hukuman penjara asalnya walaupun dia tetap meneruskan untuk mengemukakan rayuan.



Perbicaraan lanjut akan diadakan untuk membincangkan kesan daripada keputusan hukuman itu.



De Costa telah menulis surat bertajuk "Anggota Parlimen PAP memohon maaf kepada SDP" yang dihantarnya kepada TOC daripada akaun e-mel rakannya, Encik Sim Wee Lee, pada 4 Sept 2018.



Dia mengakhiri e-mel dengan nama "Willy Sum", nama yang kadangkala digunakan oleh Encik Sim.



Pada hari yang sama, Xu menerbitkan surat itu, yang mengandungi frasa "rasuah di peringkat tertinggi", di laman web TOC.



Surat itu merujuk kepada permohonan maaf oleh Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Seah Kian Peng, kerana mengaitkan bekas tahanan politik Teo Soh Lung dengan Parti Demokratik Singapura (SDP) dalam satu catatan Facebook.



Surat itu telah dipadam dari laman tersebut pada 18 Sept 2018 selepas Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengarahkan Xu berbuat demikian.



Xu dan De Costa masing-masing didakwa dengan satu pertuduhan fitnah jenayah kerana membuat atau menerbitkan tuduhan yang menjejas reputasi anggota Kabinet.



De Costa juga didakwa di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer kerana menggunakan tanpa kebenaran akaun e-mel Encik Sim untuk menghantar surat itu.



Semasa perbicaraan mereka, dua lelaki itu mempertikaikan tafsiran frasa "rasuah di peringkat tertinggi".



Pihak pendakwaan menyatakan bahawa ayat pertama dalam perenggan yang dipersoalkan mendakwa bahawa "kepimpinan PAP sekarang sangat kekurangan inovasi, visi dan dorongan untuk membawa kami ke tahap seterusnya", manakala ayat kedua memberi gambaran tentang kelemahan yang didakwa.



Dua lelaki itu berhujah bahawa frasa itu tidak merujuk kepada anggota Kabinet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >