Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kematian remaja susuli 75 hari jalani vaksinasi: Bedah siasat sudah dijalankan; orang ramai diminta tidak sebar spekulasi

Dec 30, 2021 | 06:56 PM



PEMERINTAH memandang serius dakwaan yang tular dalam talian kononnya seorang remaja meninggal dunia Oktober lalu selepas mendapatkan vaksin Covid-19.



Dalam satu pos Facebook pada Khamis (30 Disember), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia sedar mengenai satu laporan polis yang disunting dan tular dalam talian yang membuat dakwaan bahawa remaja tersebut meninggal dunia akibat vaksinasi Covid-19 yang diterimanya.



Menurut MOH, laporan itu di buat oleh Dr Paul Yang, yang tidak menyokong vaksinasi.



“Ini satu dakwaan serius. Remaja itu mendapat vaksinasinya 75 hari sebelum beliau meninggal dunia.



“Kes ini telah dirujuk kepada koroner dan autopsi telah dijalankan. Ujian lanjut posautopsi juga sedang dijalankan.



“Sementara kita menantikan ke putusan mengenai punca kematian, orang awam tidak harus menyebarkan sebarang spekulasi tidak berasas berhubung punca kematiannya,” kata MOH.



Ia menambah bahawa vaksin yang digunakan di Singapura mematuhi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) serta memenuhi piawaian keselamatan, mutu dan keberkesanan yang ketat.



Malah, vaksin Covid-19 yang digunakan di sini telah dinilai selamat dan berkesan oleh kedua-dua Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Jawatankuasa Pakar bagi Vaksinasi Covid-19.



Pemerintah juga mengambil langkah memastikan keselamatan penerima vaksin Covid-19 sebelum, semasa dan selepas vaksinasi.



“Kami menggalak orang awam untuk terus menyokong vaksinasi sebagai respons utama kepada pandemik Covid-19,” ujar MOH.



Orang ramai juga boleh melungsuri laman web www.moh.gov.sg bagi maklumat terkini berhubung Covid-19 dan vaksinasi Covid-19. Program vaksinasi Covid-19 Singapura baru-baru ini telah diperluas kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.



Lebih separuh daripada pelajar darjah empat hingga enam di Singapura telah membuat tempahan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 sejak peluang dibuka kepada golongan itu seminggu yang lalu.



Sementara itu, slot vaksinasi akan dibuka kepada murid darjah satu hingga tiga mulai 5 Januari ini dan bagi semua kanak-kanak berusia lima hingga lapan tahun mulai 6 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >