Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes langgar lari di Toa Payoh: Tiga yang ditangkap terlibat dalam kes dadah

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



DUA lelaki yang berkaitan dengan kes nahas langgar lari di Toa Payoh Jumaat lalu sudah ditangkap.



Kedua-dua lelaki itu, berusia 27 tahun dan 34 tahun, masing-masing ditangkap pada Ahad dan Isnin lalu, kata polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan bersama malam kelmarin.



Lelaki berusia 27 tahun itu, yang dipercayai penumpang dalam kenderaan terbabit, ditangkap Ahad lalu didakwa bersekongkol dengan lelaki yang membawa senjata berbahaya di tempat awam dan disyaki lakukan jenayah berkaitan dadah.



Sementara itu, lelaki 34 tahun, yang dipercayai pemandu kereta itu, ditangkap kelmarin kerana didakwa membawa senjata berbahaya di tempat awam, dipercayai melakukan jenayah berkaitan dadah, serta memandu dengan bahaya hingga menyebabkan cedera parah dan kesalahan lain berkaitan lalu lintas.



Seorang lagi penumpang dalam kereta itu - seorang wanita 32 tahun - ditangkap di tempat kejadian kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.



Pegawai dari Divisyen Polis Tanglin dan Polis Trafik telah mengenal pasti kedua-dua lelaki itu melalui siasatan.



Lelaki 34 tahun itu dijangka didakwa di mahkamah semalam manakala siasatan terhadap lelaki 27 tahun dan wanita 32 tahun itu masih dijalankan.



Pada Sabtu lalu, polis berkata pegawai Polis Trafik telah melihat kenderaan yang laju di sepanjang Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menuju ke Lapangan Terbang Changi, sebelum jalan keluar Toa Payoh kira-kira jam 11.55 malam pada Jumaat lalu.



Pegawai memberi isyarat agar pemandu berhenti tetapi dia tidak mematuhi arahan tersebut dan terus memandu ke arah Lorong 2 Toa Payoh.



Keretanya kemudian dikatakan melanggar seorang wanita berusia 25 tahun yang sedang berjalan melintasi laluan pejalan kaki di Lorong 1 Toa Payoh.



Selepas itu, pemandu tersebut dikatakan hilang kawalan kenderaan dan merempuh pagar pembahagi jalan.



Pemandu itu dan dua penumpangnya kemudian melarikan diri dari tempat kejadian berjalan kaki.



Mereka yang didakwa membawa senjata berbahaya di tempat awam di bawah seksyen 6 Akta Bahan Kakis & Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya akan dikenakan hukuman penjara hingga tiga tahun atau hukuman sebat.



Bagi kesalahan berkomplot dengan orang yang membawa senjata berbahaya di tempat awam di bawah seksyen 8 Akta itu, pesalah yang didakwa boleh menerima hukuman sama dengan orang yang bersamanya.



Sementara itu, mereka yang bersalah menggunakan dadah terkawal atau dadah tertentu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda hingga $20,000, atau kedua-duanya.



Sekiranya didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bawah Seksyen 64 (2A) Akta Trafik Jalan Raya, pesalah menghadapi hukuman penjara antara satu hingga lima tahun.



Selain itu, mereka mungkin kehilangan lesen memandu mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >