Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes penipuan dorong kenaikan jenayah tahun lalu: Polis

Feb 17, 2022 | 05:30 AM



KEJADIAN penipuan di Singapura terus menjadi isu yang membimbangkan sedang kes penipuan meningkat sekali gus mendorong jumlah jenayah keseluruhan menjadi lebih tinggi tahun lalu, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) semalam.



Jumlah kes penipuan yang dilaporkan melonjak 52.9 peratus kepada 23,931 kes tahun lalu berbanding 15,651 kes pada 2020.



Ia membentuk 51.8 peratus keseluruhan jenayah tahun lalu, meningkat daripada 42 peratus pada 2020.



Antara penipuan utama yang membimbangkan termasuk penipuan pekerjaan, penipuan pelaburan dan penipuan pancingan data melibatkan bank, penyamaran pegawai China.



Sepuluh jenis kes penipuan utama tahun lalu melibatkan lebih $504.4 juta.



Jumlah ini naik lebih hampir tiga kali ganda berbanding hanya $175.2 juta pada 2020.



Tambah SPF, jumlah keseluruhan wang yang hilang kepada semua kes penipuan tahun lalu mencapai $633.3 juta.



Jenis penipuan tahun lalu yang paling tinggi adalah penipuan pekerjaan - meningkat sebanyak 4,554 kes berbanding hanya 132 kes pada 2020.



Ini disusuli kes penipuan pelaburan yang berganda kepada 2,476 tahun lalu berbanding 1,096 pada 2020.



Jumlah keseluruhan yang ditipu meningkat sebanyak $190.9 juta tahun lalu dengan jumlah terbesar ditipu $6.4 juta dalam satu kes.



Menurut SPF, antara platform yang biasa digunakan penipu untuk berkomunikasi bersama mangsa termasuk Facebook, Tinder dan Instagram.



Meskipun terdapat lonjakan jumlah kes penipuan di sini, polis berkata tanpa mengambil kira jumlah kes penipuan, kadar jenayah keseluruhan sebenarnya merosot 1.0 peratus kepada 19,303 kes tahun lalu, berbanding 19,498 kes pada 2020.



SPF berkata terdapat penurunan jenayah fizikal.



Terdapat sekitar 250 hari bebas jenayah konfrontasi seperti ragut, samun dan pecah rumah tahun lalu.



Ini meningkat 48 hari berbanding 202 hari pada 2020.



Semasa membentangkan perangkaan jenayah tahunan dalam satu sidang media, Penolong pengarah Pusat Anti-Penipuan (ASC), Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Aileen Yap berkata:



"Kami tidak boleh cukup menekankan bahawa usaha memerangi penipuan adalah usaha melibatkan masyarakat.



"Penipu mahukan wang kita dan dengan kemudahan kaedah pembayaran dalam talian, ia juga merupakan kemudahan kepada mereka untuk memindahkan wang dengan cepat juga.



"Oleh itu, sangat penting bagi kami bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menghentikan saluran wang keluar daripada entiti seperti akuan bank, e-dompet atau akuan wang kripto," katanya.



Laporan lanjut: Mangsa tipu boleh alami trauma, jejas kesihatan mental




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >