Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes rasuah S'pura kekal terkawal: CPIB

Jumlah disiasat CPIB berkurangan 6%
Apr 29, 2023 | 05:30 AM



KES rasuah di Singapura kekal terkawal dan stabil selepas jumlah yang disiasat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkurangan sebanyak 6 peratus.



Dalam laporan yang dikeluarkan CPIB pada Jumaat, mereka menerima 234 laporan berkaitan rasuah tahun lalu, berbanding 249 laporan rasuah yang diterimanya pada 2021.



Daripada jumlah tersebut, 83 didaftarkan sebagai kes baru untuk siasatan pada 2022.



Laporan didaftarkan untuk penyiasatan jika maklumat yang diterima bermutu untuk diusahakan, kata CPIB.



"Siasatan dan siasatan risikan oleh CPIB turut mendedahkan maklumat lanjut yang membolehkan peratusan laporan yang lebih tinggi didaftarkan untuk siasatan," tambah CPIB.



Sementara itu, bilangan insiden rasuah sektor awam pada 2022 dikatakan kekal rendah.



Ia membentuk 14 peratus daripada semua kes yang disiasat, kata CPIB.



Namun, kes yang disiasat di sektor privet membentuk sebahagian besar (86 peratus, 71 kes) kes yang dilaporkan.



Daripada jumlah itu, 10 kes melibatkan pekerja sektor awam yang menolak rasuah yang ditawarkan individu sektor swasta daripada polis, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Pada 2022, 152 individu didakwa di mahkamah atas kesalahan yang disiasat oleh CPIB.



Daripada jumlah itu, 97 peratus atau 148 merupakan individu sektor swasta manakala baki 3 peratus kakitangan sektor awam.



Menurut CPIB, kadar sabitan bagi kes CPIB pada 2022 berada pada 99 peratus, naik sedikit dari dua tahun sebelumnya.



Kadar kes rasuah pada 2018 dan 2019 kekal sama pada 99 peratus, sebelum ia merosot kepada 97 peratus pada 2020 dan 98 peratus pada 2021.



"Kadar sabitan yang tinggi secara konsisten untuk kes-kes CPIB adalah bukti mutu penyiasatan biro untuk dapat berdiri bagi penelitian di mahkamah, serta hubungan kerja yang erat antara CPIB dengan Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam menghukum pesalah rasuah," kata CPIB.



Menurut Tinjauan Persepsi Awam dwitahunan yang ditugaskan oleh CPIB, persepsi orang ramai terhadap usaha kawalan rasuah negara kita telah bertambah baik sepanjang tiga tinjauan lalu.



Dalam tinjauan 2022, 96 peratus responden menilai usaha kawalan rasuah di Singapura sebagai Baik, Sangat Baik atau Cemerlang.



Ini meningkat daripada 94 peratus pada 2020, 92 peratus pada 2018, dan 90 peratus pada 2016.



Keazaman politik untuk mengawal rasuah, hukuman berat bagi kesalahan rasuah, dan budaya toleransi sifar untuk rasuah dikatakan sebagai tiga faktor utama yang menyumbang kepada tahap rasuah yang rendah kadarnya di Singapura.



Sebanyak 89 peratus responden kajian itu juga berasakan kesediaan untuk melaporkan rasuah juga penting dalam usaha memerangi rasuah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >