Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes saman: Keputusan tidak berpihak pada bos Mustafa Centre

Aug 18, 2021 | 05:30 AM



MAHKAMAH Tinggi memutuskan untuk tidak berpihak kepada bos Mustafa Centre, Encik Mustaq Ahmad, dalam dua kes saman penindasan minoriti.



Salah satu dakwaan dibuat oleh keluarga tirinya manakala satu lagi merupakan dakwaan oleh anak lelaki rakan perniagaannya.



Kededua kes tersebut berkaitan pegangan saham di Mohamed Mustafa and Samsuddin Co, yang terletak belakang gedung beli-belah popular di Little India, Mustafa Centre.



Pemegang saham dan pengarah yang terlibat adalah Encik Mustaq, Encik Samsuddin Mokhtar Ahmad, bapa Encik Mustaq, Mohamed Mustafa, dan isteri Encik Mustaq, Cik Ishret Jahan.



Selepas Encik Mustafa meninggal dunia pada Julai 2001 dan Encik Samsuddin pada April 2011, pegangan saham mereka diserahkan kepada keluarga masing-masing.



Pada 2017, lima adik-beradik tiri Encik Mustaq dan ibu mereka, dipimpin Encik Ayaz Ahmed, telah mengeluarkan saman kepada Encik Mustaq dan lain-lain dan mendakwa bahawa kepentingan mereka sebagai pemegang saham minoriti ditindas.



Anak-anak lelaki Encik Samsuddin, Encik Fayyaz Ahmad dan Encik Ansar Ahmad, telah mengemukakan tuntutan yang sama.



Selain Encik Mustaq, defendan lain adalah Cik Ishret, anak-anak mereka Shama dan Osama, dan abang Cik Ishret, Iqbal.



Encik Mustaq mendakwa bahawa beliau pemilik tunggal syarikat itu.



Defendan memilih untuk tidak memberi keterangan, dengan alasan bahawa pihak plaintif tidak memberikan bukti yang mencukupi untuk menunjukkan unsur-unsur utama tuntutan mereka.



Kelmarin, Hakim Mavin Chionh mendapati bahawa terdapat bukti cukup bahawa Encik Mustaq dan Cik Ishret telah menjalankan urusan syarikat dengan cara menindas pemegang saham lain.



Tindakan tersebut termasuk peruntukan saham pada 1995 dan 2001 yang menambah saham bersama pasangan itu dan memberikan mereka kuasa majoriti sementara melemahkan kepentingan pemegang saham lain.



Hakim Chionh mendapati bahawa peruntukan tersebut melanggar perlembagaan syarikat, dan dilakukan pada nilai yang rendah serta tiada tujuan komersial bagi peruntukan tersebut.



Hakim juga mendapati bahawa pasangan itu menyalahgunakan dana syarikat dengan mengambil pinjaman tanpa jaminan dan tanpa faedah dan tidak menyatakan dividen sambil menerima bayaran pengarah besar.



Hakim Chionh turut mendapati bahawa Encik Mustaq sedar bahawa skim untuk mengumpul pulangan tunai dari pekerja selepas meletakkan jumlah gaji yang lebih daripada sebenar dalam permohonan pas kerja mereka.



Antara 2001 dan 2013, Encik Mustaq juga telah menerima antara $3 juta dengan $5 juta setiap tahun sebagai gaji pengarah, sementara isterinya menerima antara $300,000 dengan $400,000.



Tiada dividen yang dinyatakan hingga 2014, ketika Encik Ayaz dan Encik Fayyan mula bersikap lebih konfrontatif.



Berkaitan pinjaman, hakim menjelaskan bahawa tindakan pengarah syarikat swasta tidak wajar mengambil pinjaman.



"Dalam kes ini... saya melihat tindakan mereka untuk mengambil pinjaman tanpa jaminan dan tanpa faedah yang sangat besar menunjukkan bahawa mereka menggunakan syarikat itu sebagai sumber dana peribadi," kata hakim.



Beliau juga menyatakan bahawa dua peruntukan saham itu tidak sah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >