Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes seksa belia IQ rendah: Remaja dijatuhi hukuman latihan reformatif

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



SELAMA sembilan hari, seorang belia berusia 19 tahun yang berkeperluan khas, diperangkap oleh sekumpulan empat remaja dalam sebuah bilik hotel oleh empat orang.



Mangsa dipukul, diseksa dan dipaksa minum air kencing.



Belia yang tidak dinamakan itu hanya ditemui setelah adik perempuannya terlihat sebuah video dalam talian yang menunjukkan abangnya diseksa, langsung membuat laporan polis.



Pihak polis menemui mangsa dalam keadaan kritikal di sebuah hotel butik di Lavender Street.



Mangsa mengalami luka kelaran dan kesan lecur kimia dan puntung rokok. Beliau juga mengalami kecederaan teruk di kepalanya.



Semalam, salah seorang daripada kumpulan remaja itu, Putri Nuramira Aishah Rosli, 20 tahun, dijatuhi hukuman latihan reformatif minimum 12 bulan.



Pesalah yang dijatuhi hukuman sedemikian harus menjalani rejimen yang ketat, termasuk kaunseling dan latihan berbaris.



Sebelum ini, Putri didapati bersalah atas lima tuduhan, termasuk menyalahgunakan dadah dan mencederakan mangsa dengan sengaja.



Hakim Daerah Encik Shaiffudin Saruwan berkata kesalahannya adalah serius.



"Seorang mangsa cedera parah kerana kelakuan anda dan kawan-kawan anda... Pada usia anda, saya yakin rehabilitasi adalah munasabah. Tetapi berdasarkan situasi peribadi anda, anda perlu menjalaninya dalam persekitaran yang lebih terurus."



Selain Putri, kumpulan remaja yang menyerang mangsa, termasuk Muhammad Shahfakhry Mohamad Faizal, 21 tahun, dan dua remaja perempuan - dikenali sebagai A1 dan A2 - kedua-duanya berusia 16 tahun dan tidak dapat dinamakan kerana usia mereka.



Kes Shahfakhry masih dipertimbangkan, sementara A1 dijatuhi hukuman sekurang-kurangnya setahun dalam latihan reformatif pada Julai.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Selene Yap berkata mangsa mempunyai IQ rendah.



Sebelum kejadian itu, beliau belajar di sekolah APSN Delta Senior, iaitu sekolah untuk pelajar dengan ketidakupayaan intelektual yang ringan.



Mangsa mengenali kumpulan itu sejak 2018 kecuali Putri.



Putri dan rakan-rakannya bertemu di bilik hotel itu pada 15 Januari untuk mengambil dadah. Mangsa dikatakan bertanya di mana A1 berada dan menyertai kumpulan itu pada 17 Januari.



Shahfakhry kemudian menyepak, menumbuk dan menendang mangsa. Dokumen mahkamah tidak menyatakan sebabnya.



A1 kemudian memberitahu Shahfakhry bahawa mangsa mahu melakukan hubungan seks tanpa persetujuannya dan ini menyebabkan Shahfakhry terus menyerangnya, sementara A2 merakam kejadian itu.



Mangsa terus diseksa dari 17 hingga 25 Januari. Pada 19 Januari, salah seorang remaja perempuan daripada kumpulan itu mencadangkan agar mereka kencing ke dalam botol air perisa teh limau dan memberikannya kepada mangsa untuk diminum.



Mereka berhenti menyeksa mangsa pada 25 Januari apabila mendapati beliau dalam keadaan yang teruk.



Pada hari yang sama, pekerja sosial yang menjaga mangsa dan adik perempuannya membuat laporan polis kerana mangsa tidak pulang ke rumah selama dua minggu.



Adiknya memberitahu polis beliau ternampak foto seseorang yang tercedera teruk di media sosial dan mengenali beliau sebagai abangnya.



Polis kemudian menemui mangsa di bilik hotel itu bersama kumpulan remaja tersebut dan memberkas mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >