Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tikaman di Tampines: Dua terbunuh

Feb 11, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki dan seorang perempuan telah menemui ajal berikutan kejadian tikaman di Tampines semalam.



Polis berkata bahawa mereka dihubungi mengenai kejadian di Blok 206 Tampines Street 21 sekitar jam 6.30 pagi.



Seorang perempuan berusia 42 tahun ditemui terbaring tidak bergerak di kolong blok itu dengan kesan luka di leher.



Seorang lelaki berusia 45 tahun, dipercayai penyerang mangsa, ditemui terbaring tidak bergerak di kaki flat di Blok 205A Punggol Field kira-kira 9.10 pagi.



Menurut polis mereka saling mengenali, dan dibawa secara berasingan ke hospital di mana mereka kemudian meninggal dunia.



Gambar dokumen-dokumen rasmi dan foto wanita yang mati itu tersebar dalam talian, termasuk di wadah-wadah kiriman mesej.



Dokumen itu merangkumi nombor laporan polis, nama, gambar, tarikh lahir dan kerakyatan lelaki itu.



Ia juga menyertakan gambar yang diambil dari kamera keselamatan yang menunjukkan seseorang yang dipercayai lelaki itu di kolong flat.



Foto wanita yang diedarkan menunjukkan dia dalam keadaan berlumuran darah dengan beg tangan hitam dan telefon berada berdekatan.



Polis menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan bahan-bahan tersebut.



Polis masih menyiasat kes kedua-dua kematian itu dan polis juga sedang memeriksa peredaran gambar dokumen rasmi yang tidak sah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >