DALANG yang mengaup sekitar $37.5 juta dengan menjual keanggotaan kelab riadah palsu telah mengaku bersalah di mahkamah tadi.
Setho Oi Lin, 70 tahun, juga dikenali sebagai Setho Irene, menipu 1,341 orang yang membayarnya sekitar $37.5 juta bagi menjadi anggota Kelab Keppel.
Setho mengaku bersalah ke atas 60 tuduhan menipu.
Lagi 3,121 tuduhan lain akan dipertimbang semasa hukuman dijatuhkan di mahkamah nanti.
Ini termasuk untuk lagi 1,281 tuduhan menipu, 1,339 tuduhan memalsukan maklumat dalam pangkalan keanggotaan elektronik kelab, dan 501 tuduhan berurusan menggunakan manfaat kelakuan jenayah itu.
Semalam, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hon Yi berkata Setho telah bekerja di Kelab Keppel hampir 48 tahun sejak 1966.
Dia mula berkhidmat sebagai kerani besar sebelum menjadi penolong penyelia di jabatan keanggotaan pada 1981.
Lantaran itu, dia dinaikkan pangkat dan bertugas sebagai penolong peribadi kepada pengurus besar, apabila melakukan kesalahan itu, lapor The Straits Times.