Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai CNB didakwa bohong polis, hakim tentang kesalahan rakan kerja

Oct 09, 2023 | 05:31 PM



Seorang pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) didakwa berbohong kepada seorang pegawai polis pada 2018 dan seorang hakim daerah pada 2021 bahawa rakan kerjanya ketika itu tidak menyerang seorang pesalah dadah.

Muhammad Heykal Rahman, 34 tahun, dikenakan satu pertuduhan pada Rabu lalu memberi maklumat palsu kepada seorang penjawat awam, dan satu pertuduhan memberi keterangan palsu kepada Hakim Daerah Salina Ishak di Mahkamah Negara berkaitan kes Vengedesh Raj Nainar Nagarajan.

Vengedesh berada di bawah pengaruh alkohol apabila dia menyerang seorang pesalah dadah warga Malaysia, Sivabalan Kanniappan, untuk mendapatkan pengakuan pada 2 Januari 2017.

Selepas Vengedesh dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada April 2022, Heykal disiasat kerana didakwa berbohong kepada seorang pegawai polis di ibu pejabat Divisyen Polis Central pada 21 Mac 2018 dan Hakim Daerah Salina semasa peribicaraan Vengedesh pada 6 Mei 2021.

Heykal dituduh menyatakan Vengedesh tidak menyerang Sivabalan dalam tandas di pejabat CNB di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar The Straits Times pada Isnin, CNB tidak menyatakan sama ada Heykal masih bekerja di biro itu, tetapi berkata ia telah menyiasat aduan terhadap Vengedesh dan merujuk kes itu kepada polis untuk siasatan.


Jurucakap CNB berkata berikutan sabitan dan hukuman Vengedesh, Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis supaya melakukan siasatan lanjut terhadap kelakuan Heykal semasa siasatan kes dan perbicaraan Vengedesh.

“Pegawai CNB dijangka mengekalkan taraf integriti yang tinggi, dan kami tidak membiarkan tindakan yang tidak memenuhi taraf profesionalisme tinggi CNB berlaku. Pegawai yang melanggar undang-undang akan dihukum.

“Memandangkan prosiding mahkamah terhadap Heykal sedang berlangsung, kami tidak dapat mengulas lanjut,” kata jurucakap CNB.

Kes itu ditangguhkan ke November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >