Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesalahan dadah: 69 warga S'pura, PR ditangkap di pusat pemeriksaan Jan-Nov

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 69 rakyat Singapura dan penduduk tetap (PR) ditangkap di pusat pemeriksaan antara Januari dengan November 2022, kerana disyaki melakukan penyalahgunaan dadah, kata Biro Narkotik Pusat (CNB).



Jumlah ini jauh lebih tinggi daripada jumlah tangkapan pada 2021, apabila enam penyalahguna dadah tempatan diberkas di Lapangan Terbang Changi dan pusat-pusat pemeriksaan lain.



Sebanyak 30 tangkapan sedemikian dibuat pada 2020, kata CNB, menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times.



Sedang jumlah tangkapan meningkat dengan pembukaan semula sempadan Singapura, ia masih lebih rendah berbanding sebelum pandemik Covid-19, apabila 132 warga Singapura dan PR ditangkap di pusat-pusat pemeriksaan pada 2019.



Usaha penguatkuasaan di pusat pemeriksaan akan kekal, dengan CNB mengingatkan orang ramai bahawa ia melakukan pemeriksaan secara kerap bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



CNB berkata: "(Kami) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan yang wajar terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang dadah Singapura."



Di bawah Seksyen 8A Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA), rakyat Singapura dan PR boleh didakwa jika mereka ditangkap mengambil dadah di luar negara.



Mereka akan ditangani seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di Singapura jika ujian air kencing mengesahkan pengesanan dadah itu.



Sejak Mac 2022, pegawai CNB telah menggunakan kit pemeriksaan dadah mudah alih yang boleh mengesan serta-merta lebih 30 jenis dadah yang mungkin terdapat pada kes yang mencurigakan.



Pegawai ICA di pusat pemeriksaan juga menggunakan Ionscan, sebuah alat pengimbas ion yang dapat mengesan jumlah dadah pada seseorang dan barang-barang kepunyaan mereka.



CNB berkata antara Januari dengan November 2022, lebih 300 operasi penguatkuasaan bersama dijalankan di Lapangan Terbang Changi.



Lebih 5,400 pemeriksaan dijalankan ke atas pelancong.



Sejak sempadan Singapura dibuka semula mulai 1 April, jumlah penumpang semakin meningkat.



Pada 18 Disember, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, mengumumkan sehingga 150,000 penumpang melalui Lapangan Terbang Changi setiap hari, dengan satu juta pergerakan penumpang setiap minggu.



Ini merupakan sekitar 75 peratus daripada purata paras mingguan yang dikendalikan Lapangan Terbang Changi sebelum pandemik.



Sementara itu, ICA dan CNB menjalankan lebih 400 operasi penguatkuasaan di pusat pemeriksaan lain antara Januari dengan November 2022. Lebih 27,000 pemeriksaan ke atas pelancong dijalankan.



Timbalan Pengarah bagi Dasar dan Pentadbiran CNB, Penolong Pesuruhjaya (AC) Sng Chern Hong, berkata: "Terdapat dorongan kuat daripada pihak-pihak berkepentingan untuk dasar-dasar dadah yang lebih liberal dan desakan mereka telah membawa perubahan dalam undang-undang di beberapa negara."



Sebagai contoh, Thailand pada 9 Jun menjadi negara pertama di Asia yang meluluskan ganja di seluruh negara.



AC Sng berkata: "Penyokong pergerakan legalisasi ganja telah berhujah bahawa ganja adalah dadah yang 'lembut', dan bahawa menghisap atau mengambil ganja atau produk yang berkaitan mempunyai manfaat 'perubatan'.



"Bagaimanapun, terdapat bukti saintifik yang kukuh mengenai kesan buruk penggunaan ganja. Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai kebergantungan terhadap dadah telah menyedari beberapa kesan buruk yang dikaitkan dengan penggunaan ganja jangka panjang, terutamanya peningkatan risiko gangguan kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan dan penyakit psikotik."



AC Sng mengingatkan orang ramai bahawa pendirian pemerintah terhadap dadah terlarang termasuk ganja adalah "berbahaya, ketagihan dan boleh memusnahkan kehidupan, keluarga dan masyarakat".



Beliau berkata: "Jika air kencing didapati positif untuk ganja atau dadah lain, tidak kira bagaimana dadah itu diambil, ia akan disiasat di bawah MDA. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan apa yang mereka gunakan atau makan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >