Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN

Kesan awal penyakit kronik elak masalah kesihatan: Masagos

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



PENGESANAN awal penyakit kronik boleh banyak membantu dalam mengelak masalah kesihatan yang tidak perlu dan keuzuran pada usia muda, tekan Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Lantaran itu, beliau menggesa masyarakat Melayu/Islam agar lebih peka dan segera melakukan pemeriksaan kesihatan awal demi mencegah penyakit daripada menjadi lebih teruk hingga tidak dapat dirawat.



Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata demikian bagi mengulas tentang trend kesihatan dan penyakit kronik dalam masyarakat, dalam satu temuramah dengan Berita Mediacorp, baru-baru ini.



Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata bahawa baru kini dapat didalami tentang kebimbangan dalam peningkatan trend penyakit kencing manis, darah tinggi dan kadar kolesterol tinggi dalam kalangan masyarakat.



"Dalam semua masyarakat maju dan lebih kaya akan hadapi masalah ini.



"Tetapi ia boleh diatasi, dan kita perlu faham apakah yang menyebabkan hal ini dan kita harus tahu bagaimana pemakanan dan olahraga yang sesuai, dan tidak susah untuk menghindarinya walau bagi mereka yang sudah menghidapi penyakit ini," ujar Encik Masagos.



"Apa yang penting ialah mereka harus ada wawasan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dengan seawalnya.



"Banyak masalah timbul bukan kerana penyakit itu tetapi sebab ia tidak dikesan dari awal lagi," tekan beliau sambil memberi contoh seperti penyakit barah payu dara dalam kalangan wanita dan kaum Adam yang kuat merokok.



"Jika anda melakukan pemeriksaan awal dan mengesannya, ia dapat diatasi dengan lebih berkesan.



"Namun ramai hanya sedar bila sudah benar-benar sakit dan berada di tahap yang lewat dan tidak dapat dirawat lagi. Kita boleh menghindarinya, jika kita semua meningkat kesedaran dan mengelakkannya," tambah Encik Masagos.



Sehubungan itu, usaha diperkenalkan seperti Saham Kesihatan, yang diterajui oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang mencuba pendekatan bukan hanya dari sudut perubatan, tetapi dari aspek sosial dan agama sebagai motivasi untuk membaiki kehidupan mereka atau mengelak keuzuran yang tidak perlu pada umur muda.



Sementara itu, Encik Masagos berkata bahawa akan terdapat lebih banyak akses kepada bantuan yang menyeluruh untuk keluarga memerlukan, yang meliputi sokongan kesihatan dan sosial dengan lebih banyak pusat sokongan sehenti seperti Family Nexus, kendalian CommLink.



Usaha yang diumumkan baru-baru ini, menurut beliau, akan membolehkan semua anggota dalam sebuah keluarga yang memerlukan mendapatkan sokongan dan perhatian yang diperlukan.



Pusat itu yang dirintis di Tampines tahun lalu, akan dibuka di dua kawasan lain Sembawang dan Choa Chua Kang pada tahun ini.



"Ia sudahpun menunjukkan kejayaan awal di Tampines di mana semua sokongan dan bantuan diselaraskan untuk seluruh keluarga seperti bantuan kesihatan, sosial dan perubatan oleh semua agensi," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >