Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan negatif ke atas warga jika harga flat tak ambil kira kos tanah: Sim Ann

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH menurunkan harga flat Bina Ikut Tempahan (BTO) secara mendadak hingga tidak mengambil kira kos tanah akan memberi kesan buruk kepada semua warga Singapura, bukan membantu mereka.



Malah, langkah menaikkan subsidi perumahan juga harus dipertimbang secara berhati-hati, dengan mengambil kira keutamaan perbelanjaan penting yang lain.



Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann, berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, di laman Facebook beliau Khamis lalu.



Dalam kenyataannya sehari selepas Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) memperjelas pendekatan harga dan kos pembangunan flat BTO yang termasuk kos binaan dan tanah, Encik Leong antara lain mempersoal subsidi pemerintah bagi flat HDB.



Tambahnya, kos tanah tidak harus dimasukkan semasa menetapkan harga flat HDB.



Oleh kerana tanah membentuk sebahagian rizab negara, Cik Sim berkata sekiranya HDB tidak membayar nilai pasaran tanah yang sewajarnya kepada rizab negara, ini akan mengurangkan nilai rizab itu dan juga menjejas generasi sekarang serta akan datang.



Menerusi laman Facebook beliau kelmarin, beliau juga berkata pemerintah tidak boleh mengetepikan kos tanah sekiranya menerima bahawa nilai tanah berbeza, bergantung pada lokasi.



Beliau menarik perhatian Encik Leong turut bersetuju dalam kenyataannya bahawa harga flat BTO harus mengambil kira lokasi yang berbeza.



"Saya dapat membuat kesimpulan bahawa Encik Leong sebenarnya ingin meminta pemerintah menetapkan harga flat BTO lebih rendah lagi, tidak kira apa justifikasinya," ujarnya.



Cik Sim menarik perhatian bahawa pemerintah menambah subsidi dan geran jika perlu untuk memastikan harga flat BTO kekal dimampui dan stabil.



Ini jelas dengan harga flat BTO yang kekal stabil, misalnya dari 2019 hingga 2022, walaupun harga flat jualan semula HDB naik 28 peratus dalam tempoh yang sama.



Tambahnya, langkah menambah lagi subsidi perumahan harus dipertimbang dengan berhati-hati kerana ini bermakna perbelanjaan bagi keperluan lain seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan perlu dikurangkan.



Malah, cukai juga mungkin perlu dinaikkan untuk membiayai subsidi perumahan yang lebih tinggi itu, ujar Cik Sim.



Tambahnya, pemerintah telah memastikan agar flat BTO kekal dimampui warga Singapura dan akan terus melakukan demikian.



Kebanyakan pembeli flat menggunakan sekitar empat hingga lima tahun pendapatan isi rumah mereka untuk membayar flat BTO mereka, berbanding lapan hingga 20 kali di bandar global lain.



Oleh itu, ramai pembeli flat BTO boleh membayar balik pinjaman mereka menggunakan sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka sepenuhnya, dengan sedikit wang tunai sahaja yang perlu dikeluarkan atau kadangkala tidak perlu langsung.



Cik Sim berkata pemerintah rasa simpati dengan keperluan dan keprihatinan warga Singapura.



"HDB akan memastikan setiap pembeli flat BTO yang layak mempunyai pilihan perumahan yang dimampui.



"Kami akan terus mempertingkat dasar kami untuk melancarkan perjalanan memiliki rumah bagi warga Singapura, khususnya mereka yang ingin mula berkeluarga," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >